Tiga sketsa tentang kahwin

Saya kumpul sketsa menarik ini secara peribadi. Namun saya kongsikan untuk bacaan atau tatapan anda semua. Mana yang baik itu jadikan sebagai mesej peringatan dan selebihnya anggap sahaja sebagai hiburan semata-mata.

Sketsa pertama

Situasi ini berlaku sudah lebih 20 tahun yang lepas.

Pada masa itu saya masih bujang lagi.

Ada kawan sekerja memberi nasihat untuk saya.

Kawan : Hanafi, sekarang masa paling sesuai kamu kahwin.

Saya : Kenapa pulak ?

Kawan : Cuba kahwin masa kamu masih ada duit dan kerja. Nanti masa kamu tiada duit, tidak ada seorang pun akan suka kamu lagi.

Saya : Betul juga kan.hehehe

Sketsa Kedua

Ketika masuk lif di pejabat, saya disapa rakan kerja.

Sempat juga bersembang tak sampai dua minit.

Rakan : Tak sangkalah Hanafi, awak sudah ada anak berumur 18 tahun.

Saya : Ya ka ? Alhamdulillah, rezeki cepat dapat anak.

Rakan : Rupa masih muda dan macam belum kahwin hahaha.

Saya : Kelebihan jadi orang kecil molek kot. Dapatlah awet muda.

Sketsa Ketiga

Macam biasa di tempat kerja .

Saya selalu menjadi usikan bos.

Setiap usikan bos saya anggap satu kecindan yang menghiburkan.

Bos : Hanafi, perempuan yang sesuai untuk kamu mesti umur 38 tahun.

Saya : Alamak, kenapa pulak bos?

Bos : Perempuan usia macam tu sesuai untuk jaga makan dan minum. Boleh jadi pendamping setia.

Saya : [ Lidah kelu. Mulut terkunci. Hati terbungkam.]

Penutup

Sketsa yang saya kongsikan bukanlah 100 peratus dialog yang saya ingat.

Cuma mesej yang saya ingat memang tak lari dari perkara tersebut.

Cukuplah perkongsian saya kali ini dan kalau ada yang ingin bina impian bersama saya jom bermula di SIBER SUKSES

Artikel berkaitan

12 thoughts on “Tiga sketsa tentang kahwin

  1. Hebat jugak bos tu boleh tau usia perempuan yang sesuai dikahwini. Tapi bagi saya, kalau dah suka masuk la meminang tak kira berapa usia pun..haha

    1. saranan yang sangat bagus..

      kalau masa meminang kena tolak maknanya bukan jodoh la tu hehehe.

      setakat ini macam belum bersedia la pulak hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge