Tujuan Nikah Yang Wajib Kena Tahu

Tujuan nikah memang berbeda bagi kebanyakan orang.Masing-masing ada pendapat berdasarkan cara berfikir dan tahap pendidikan.Perbezaan juga amat ketara kepada mereka yang tinggal di negara barat dengan negara timur.

Sebagai mukadimah admin kongsikan ayat al Quran bagi memahami tujuan nikah yang paling asas sekali,

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui.” [Al-Hujuraat : 13]

Dari ayat tersebut Allah bagitau kepada kita semua bahawa nikah adalah cara manusia untuk saling mengenali antara satu sama lain.Untuk saling mencintai dan saling saling menyayangi.Biarpun berbeza tetapi masih boleh bersama.Setiap pasangan akan mencari titik persamaan untuk mendapatkan kebahagiaan.

Maha suci Allah.

Penciptaan lelaki dan perempuan saling melengkapi.Paling ketara dan contoh paling dekat lihat kepada alat sulit yang berada dibawah perut.Alat sulit lelaki berada di luar manakala alat sulit perempuan pula berada di dalam.Kesempurnaan akan berlaku apabila kedua alat sulit ini diketemukan dengan kerelaan dua belah pihak.

WAJIB BACA :   Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

Fahamkan atau buat-buat je faham kerana ada kurang senonoh sedikit.

Cuma dengan saling mengenal dan saling mengetahui diri kita dan pasangan akan memberi nilai kepada tujuan nikah yang paling asas.Bagaimana kita nak saling mengenal antara satu sama lain dalam topik yang menjurus kepada matlamat perkahwinan ?

Berikut adalah pandangan admin.Alhamdulillah jika betul.Sekiranya kurang tepat mohon teguran ya dalam ruangan komen nanti.

tujuan nikah

1.Aktiviti bersetubuh

Secara azali, lelaki dan wanita amat memerlukan kepada aktiviti bersetubuh setelah mencapai peringkat baligh.Menidakkan aktiviti ini akan memudaratkan kesihatan kecuali keinginan dan nafsu sudah pupus ditelan zaman.

Sungguhpun begitu aktiviti bersetubuh tidak boleh dilakukan sewenang-wenang seperti haiwan atau binatang.Syarat dan syariat yang diberi garis panduan dalam Islam mestilah melalui hukum nikah.

Dengan ikatan nikah maka secara rasmi ada tanggungjawab suami dan isteri dalam perkahwinan.Maruah wanita dijaga dan dijunjung mulia.Martabat lelaki terpelihara dan dihormati tinggi.

Jelas sekali bahawa aktiviti bersetubuh adalah naluri semulajadi untuk manusia yang normal.Keperluan biologi ini adalah fitrah dan wajar dipenuhi sedaya upaya oleh pasangan suami dan isteri.

Dengan lafadz akad nikah aktiviti bersetubuh akan menjadi halal.Tiada larangan untuk lekaki dan dan wanita yang bergelar suami-isteri

WAJIB BACA :   Belajar Menulis Luahan Hati Sendiri

“Jangan pulak tanya admin bagaimana rasanya…itu sendiri mau tahu la”

Siapa yang dah kahwin tu akan tahu.

2.Zuriat keturunan

Setelah aktiviti bersetubuh berlangsung memang akan ada kesan jangka panjang.Kesan tersebut ialah ada zuriat keturunan yakni anak.Ianya bermula dari datuk moyang kita dulu sehingga kepada pembaca semua.

Proses ini akan terus berlangsung selagi pasangan yang bernikah tidak mandul dan memang menghendaki zuriat.

Lihat ayat petikan ayat Al Quran berikut berkaitan keturunan,

“Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rizki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?” [An-Nahl : 72]

Anak adalah penyambung kasih dan pengikat sayang antara suami dan isteri.Biarpun ada pasangan suami isteri berpisah namun hubungan dengan anak-anak tidak mungkin putus sampai bila-bila.

“Masa buat memang sedap tetapi masa membesar dan mendidik anak-anak belum tentu sedap tau hehehehe”

3.Teman perjuangan

Perjuangan hidup ini mempunyai pengertian yang amat luas.Perjuangan untuk menegak iman dan memelihara akidah Islam amat dituntut.Antara teman perjuangan yang paling afdal ialah suami dan isteri.

WAJIB BACA :   Salam Maal Hijrah 1439H

Boleh dikatakan teman perjuangan ini membawa arti pernikahan sakinah mawadah warohmah.

Ketika suami dalam kesusahan sudah tentu isteri menghulur tangan untuk membantu.Biar susah dan sengsara bersama sebagai teman perjuangan.

ketika isteri sakit maka suami akan  pendamping setia biar apapun terjadi.Suami menjadi doktor paling rapat dan jururawat paling dedikasi.

Sebab itulah sebelum memilih pasangan hidup perlu berhati-hati.Tersalah pilih bisa merana sepanjang hidup.

Cuba fahami ayat dalam Al Quran ini,

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula). Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)…” [An-Nuur : 26]

Kesimpulan

Admin berharap penerangan yang amat ringkas ini memberi kefahaman kepada kita semua bahawa tujuan nikah untuk keperluan biologi dan rohani manusia.

Boleh rujuk penulisan admin sebelum ini tentang perkahwinan

Islam amat menganjurkan nikah bersandar kepada hadis ini,

Rasulullah SAW. bersabda:”Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah“. (HR. Bukhari)

Baiklah setakat ini sahaja perkongsian admin berkaitan tujuan pernikahan dalam islam.

Kepada pasangan yang sudah bersedia untuk bernikah disarankan untuk menempah pakej fotografi perkahwinan 

Comments 16

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge