Tulis Blog Dengan Gaya Tersendiri…Artikel terbaharu untuk bulan yang baharu.Dalam artikel kali ini kata diri ‘saya’ akan digantikan dengan ‘Mrhanafi’.Agak janggal namun cuba dulu.Sesuai ke tidak, Mrhanafi perlukan dapatkan maklum balas dari rakan blogger dan pembaca yang lain.
Penulisan blog penuh seni dan strategi.Mrhanafi akui masih belajar.Perlu mengasah kemahiran menulis dengan gigih.Mrhanafi perlu menulis tanpa mengenal erti putus asa.Apatah lagi untuk lemah semangat dalam menghadapi apa jua cabaran.
Sebab itu Mrhanafi mesti merancang strategi dan teknik yang berunsur santai,rileks dan tenang.Mrhanafi faham bahawa menulis mesti ada perkara yang betul-betul memberi manfaat kepada pembaca.
Ada info yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pembaca.Sebenarnya bukan perkara mudah.Tetapi tidak juga terlalu sukar sehingga tidak boleh dilakukan.
Ternyata permulaan bulan Disember ini Mrhanafi akan menulis dengan santai.Ia memang konsep blog yang sememangnya Mrhanafi inginkan.Sungguhpun santai Mrhanafi nak menulis dalam lingkungan 300 patah perkataan.
Boleh dipanjangkan lagi.Cuma pendek dari itu Mrhanafi nak elakkan.Rasionalnya.Ia sebagai satu disiplin kepada Mrhanafi sendiri.Buat kerja biar bersungguh-sungguh.Lagipun jumlah kepanjangan artikel 300 patah perkataan menepati ciri-ciri SEO (search engine optimazation).
Mungkin ada yang nak bertanya.Apa yang nak Mrhanafi kongsikan dalam blog ini.Dengan rasa rendah hati, Mrhanafi ingin berkongsikan kisah atau jurnal kehidupan Mrhanafi sebagai blogger,pengamal media sosial,pekerja makan gaji dan akan datang pula pengalaman sebagai Pengamal Hipnosis Bertauliah.In Shaa Allah semuanya dalam perancangan kerjaya masa hadapan.
Kini Mrhanafi tiada keinginan yang kuat untuk menjadi kakitangan kerajaan.Walaupun sekarang ini sudah disediakan Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.Mrhanafi bersyukur kerana isteri sudah menyertai perkhidmatan kerajaan.Itu rezeki dia.Mrhanafi pula ingin berjaya sebagai usahawan meskipun melalui ranjau penuh berliku.
Mengimbau kembali beberapa tahun ke belakang, Mrhanafi masih belum berpuas hati.Kejayaan kecil Mrhanafi sebagai blogger baru nak bermula.Dulu ada satu blog.Sekarang dah ada 3 blog berdomain sendiri yang mempunyai pelbagai niche.Alhamdullilah.Perjuangan penulisan blog tetap akan diteruskan.
Blog-blog ini Mrhanafi tulis dengan gaya tersendiri dan ada kelainan antara satu sama lain.Namun tidaklah terlalu jauh berbeda kerana minda yang memuntahkan ideanya ada pada orang yang sama.
Secara praktikalnya Mrhanafi belum terserlah dalam bidang penulisan.Namun dalam bidang komunikasi lisan Mrhanafi akui jauh lebih baik dari menulis.Itu pandangan rakan yang pernah menilai Mrhanafi secara peribadi.
Namun Mrhanafi tidak boleh berpegang kepada skrip yang orang lain sediakan.
Mrhanafi ada cara dan gaya tersendiri untuk mencipta kejayaan baik sebagai blogger maupun orang yang biasa untuk menjadi luar biasa.
Nak tulis apa apa penulisan ikut rencah tersendiri mudah je tapi kena ikut SEO jugak sebab sebagai Blogger kita dah terbiasa set Otak untuk menulis dengan cara SEO.
Asyraf recently posted…5 Jenis Bunyi Hon Kenderaan Patut Tahu
untuk buang tabiat boleh bro..
kalau selalu sangat nanti trafik tak masuk-masuk
Setiap yang menulis blog ada gaya tersendiri. Kita baca boleh tahu samada kerja trafik atau sebaliknya.
akubiomed recently posted…Cara atasi masalah broken image pada WordPress
ho..ho..betul tu bro
nak tulis dengan gaya tersendiri tu memang susah.
tapi benda tu tak musahil. hoho
titan recently posted…Pengalaman guna UNIFI 30Mbps selama 2 jam.
betul tu..tak mustahil dan perlukan masa gak..
tulisan tersendiri lebih baik dan orang akan tahu ini macam penulisan mr hanafi jer.. contohnya kalau jadi guest blogger
zik recently posted…Ulasan ringkas dan keputusan piala malaysia separuh akhir 2.12.2015
teringin juga jadi Guest Blogger..tapi tahap penulisan masih lintang pukang
memang susah kalau nak capai 300 words. tapi kalau dah biasa post entry setiap hari mesti boleh buat punya
jika tak sukar sebenarnya untuk dapat 300 word..kalau 1000 itu agak payah sikit.
Wah sudah ada kata ganti diri yang baru.. tahniah2.. semoga terus berjaya ya…
terima kasih..kata ganti diri ini merupakan satu penjenamaan sahaja.
insyaAllah bila ada gaya tersendiri, boleh tulis dari hati
Raihanah Ahmad recently posted…Berniaga Untuk Stabilkan Kewangan
ya..betul banget tu..
cara yang tersendiri dan boleh buat orang berminat nak baca
dan seterusnya jadi pembaca yang setia selagi ada niche yg mereka berminat
betul x?
mula-mula buat jadi peminat..lepas tu jadi pembaca obses pula.
MV pun terkadang masih terari-cari lagi identiti sendiri didalam menulis entry
Noriza Rahman recently posted…Kesan Luka Cepat Pulih dan Kering Dalam Masa 2 Minggu
setakat ini tulisan MV pun cukup bagus..kipidap
Boleh juga guna MrHanafi, macam trademark gitu…dan juga mesra pembaca
ho..ho..terima kasih banyak-banyak
nak tiru boleh, saya nak digantikan dengan ‘bukharimalek’ hahahah
boleh..itu bukan tiru namanya..contohi..he..he..
Okje dengan sebutan mr.hanafi. Saya masih terketar-ketar menulis setiap entry. yang pasti menulis dalam blog ini kena dengan perasaan yang tulus agar apa yang kita sampaikan pada pembaca akan sampai dengan jayanya. Yang penting kita kena rajin,practice make perfect kan mr.hanafi…?? ^_^
ya..itu yang sebaiknya..mrhanafi lagi mengigil kepala lulut kaki kalau idea menulis tak muncul-muncul
semoga berjaya
Raihanah Ahmad recently posted…16 Tanda-tanda Kesan Penyembuhan Yang Anda Perlu Tahu
terima kasih atas sokongan..
Tahniah tuan kerana gigih berusaha… saya sendiri masih tercari-cari gaya penulisan yang sesuai dengan diri sendiri…
terima kasih bro..sebenarnya masih tercari-cari juga nie.
Memang agak janggal bro…tp mungkin bro ada perancangan tersendiri disebalik pertukaran tersebut… 🙂
300 patah perkataan lebih mesra SEO…saya masih anggap 550 hingga 700 patah perkataan lebih mesra SEO..Itu semua bukan kayu pengukur sebenar. InshaALLAH dari 3 domain setakat ini mana tau akan jadi 5 pula selepas ini… 🙂
ya..memang ada perancangan ..ia ada satu strategi perniagaan dan jenama yang akan dikomersial
Goodluck. Best eh ada 3 blog. Semoga kitak berjaya dlm bidang tok okeyh..
MDHAFiZ.NET recently posted…Anzala SHOP Gedung Jualan Maya Terbaru!
terima kasih bro…memang best juga banyak blog..tapi lebib best kalau ada satu..boleh fokus 100%