Mengapa Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC ?

Tak sangka guna pakaian tradisional Sarawak kena halau dari KLCC.Mrhanafi macam tak percaya.Isu ini macam kontroversi.Seolah-olah mainan pihak tertentu.

Penulisan artikel ini bukan untuk mengembar gemburkan perkara tersebut sama ada benar atau salah.

Oleh kerana mrhanafi orang Sarawak terpanggil untuk bersuara dan menyatakan pandangan.Dalam pada itu mrhanafi tidak menunding jari kepada mana mana pihak.Tidak mencari siapa yang salah dan siapa yang betul.

Cuma mrhanafi ingin menyatakan bahawa Sarawak mempunyai kepelbagaian budaya dari suku kaum yang berbeza.

Setiap  kaum mempunyai bahasa,budaya dan pakaian yang unik.Sudah tentu keunikan ini membina rasa bangga sebagai rakyat Sarawak yang berbilang bangsa tetapi boleh bersatu hati untuk hidup aman dan harmoni.

Kami saling membantu dan saling menghormati dalam menjaga kebudayaan supaya kekal dari satu generasi ke generasi yang lain.Sebab itu  pakaian tradisional yang ‘pelik’ dan ‘janggal’ tetap digunakan ketika persembahan kebudayaan,hari perayaan Gawai Dayak dan sebagainya.

WAJIB BACA :   5 Sebab Orang Buat Bisnes Mudah

Salahkah pakaian ‘janggal’ dan ‘pelik’ digunakan sekali sekala.Sungguh pun nampak ‘pelik’ dan ‘janggal’ kami melihat pakaian tradisional Sarawak sangat indah dan menawan.Jujur dan ikhlas dari hati.

kena halau klcc

Tujuannya supaya orang kenal suku kaum dan bangga hidup dalam budaya berbeza tetapi bersatu padu menjaga keamanan demi negeri dan negara.Ini tidak bermakna kami obses dengan semangat kesukuan sebaliknya usaha murni untuk mengekalkan tradisi seperti pepatah tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Terkejut juga mrhanafi membaca satu info dari https://www.ilovekch.com yang menularkan isu ini.Info yang mereka petik dari satu facebook Abang Supir.Didapati sudah dipadamkan.

kena halau

Berikut merupakan kenyataan yang mrhanafi petik dari blog tersebut:

Mereka ini hadir bg menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yg di adakan di angkasapuri..singgah lah ke taman KLCC tuk nk amek gambar tuk dijadikan kenang2an tp DIHALAU oleh management_PETRONAS alasannya berpakaian sebegitu…mereka DIHALAU sepertinya menjadi satu kesalahan jika mengenakan pakaian kebudayaan tersebut tuk singgah bergambar sehinggakan ada pelancong_mahu_bergambar_dengan_mereka_juga_tidak_dibenarkan dan ada satu perkataan yg cukup menguris perasaan mereka menyebut ” NAK AMEK GAMBAR SINI PEGI BLK HOTEL TUKAR BAJU DULU

WAJIB BACA :   Tinjauan Hibah Takaful Kurang Sambutan

Selepas itu mrhanafi semak pula dalam Google.Tiada sumber lain yang ada laporan tersebut,Yang ada ruangan forum dari sumber INI

Ni lah orang salah faham. Ini bukan salah PETRONAS tapi salah pengurusan SURIA KLCC. Petronas cuma sewa pejabat je. Kalau pasal guard ke apa ke tu under pengurusan Suria Klcc. Munah bersimpati dengan nasib orang Sarawak tersebut sebab Munah selalu je kalau jenjalan klcc nampak sami buddha pakai robe je. Tak mematuhi etika berpakaian. Sami tu aman2 je selfie. Tapi lain pula dengan nasib orang2 sarawak tersebut..

Kredit sumber : www.ilovekch.com dan https://mforum.cari.com.my

Tolonglah fahami budaya dan identiti orang Sarawak lebih-lebih lagi isu pakaian tradisional Sarawak.Mungkin pakaian moden lebih menyakit hati dan mata pun ada.Itu persoalan lain.

WAJIB BACA :   Ada Apa Dengan Softsell..?

Mrhanafi tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.Memandangkan Hari Gawai Dayak dah semakin dekat dan bulan Ramadan pula semakin hampir, kita cari penyelesaian win-win situation.Jangan ada pihak yang terluka dan terguris jiwa.

Kita nak hubungan persaudaraan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak ‘steady jak ngan ibuh nok berkelahi sik tentu pasal bah’.

Cukup setakat ini dan mrhanafi tidak mahu kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Rasanya ikut cara Dato Seri Vida buat duit lebih bermanfaat.

Sekian.Terima kasih.

p/s:Isu ini sudah sejuk dan tidak perlu ‘dipanaskan’ lagi

[Edisi kemaskini 28/11/2019]

Comments 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge