3 ‘BIG WHY’ saya buat bisnes Volten International

“Hanafi, boleh tak tulis artikel berkenaan kisah orang tiada duit”, tanya bos pada suatu petang.

“Artikel mahu disiarkan dalam akhbar hari Ahad ini”, tambahnya lagi.

“Oh! boleh bos, kalau menulis artikel begitu tiada masalah” saya jawab dengan anggukkan penuh bermakna.

Tanpa berlengah, saya mula menulis idea untuk menyiapkan penulisan tersebut.

Menulis sambil pekena kopi #voltenpower memang lain macam.

Saya menulis artikel tersebut luar waktu bekerja. Menulis artikel cumalah tugasan tambahan. Ia aktiviti sukarela dan bukan tugas hakiki.

Pada malam itu juga, saya berjaya siapkan.

Baiklah. Saya tinggalkan kisah saya di pejabat.

Berbalik kepada topik berkaitan tajuk di atas.

Mengapa saya menceburi bisnes walaupun saya sudah ada kerja dengan pendapatan tetap ?

Ada BIG WHY yang akan saya kongsikan sebentar lagi.

1.Membantu ramai orang

Saya bukan baik sangat pun. Namun saya suka membantu orang.

Rasa puas apabila melihat orang yang dibantu mendapat apa yang mereka nak.

Saya belum mampu untuk bersedekah banyak dengan ramai orang.

WAJIB BACA :   Kembara Dari Ibukota Ke Pinggiran Kota

Saya terkesan dengan orang hidup susah. Sebab saya pernah hidup susah dan sekarang pun tengah berusaha memperbaiki taraf kehidupan supaya leih senang, kaya dan berharta. Aamiin.

Jadi saya terfikir cara untuk membantu orang dengan memperkenal produk kesihatan.

Mudah-mudahan mereka beroleh sihat asbab produk tersebut.

Kebetulan pula bisnes yang saya ceburi mempunyai dua misi.

Penyelesai masalah kesihatan dan kewangan. Ini peluang baik.

Saya sudah ada platform terbaik untuk membantu ramai orang baik dalam kesihatan dan kewangan.

Tidak salahkan membantu orang lain kerana saya pegang pada ajaran dalam agama Islam.

“Orang yang paling baik ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”

Mak saya selalu pesan. Malah pesanannya saya ingat bila-bila.

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”.

In shaa Allah saya tetap perteguhkan niat untuk terus membantu orang lain sebagaimana caption saya di Facebook baru-baru ini.

https://www.facebook.com/mrhanafi2020/posts/426487685122142

 

2.Bahagiakan isteri tercinta

Ketika coretan ini dikarang, saya belum lagi ada isteri.

WAJIB BACA :   Apa yang kita nak sebenarnya ?

Sebelum betul-betul ada isteri saya sudah berimpian untuk membahagiakan pasangan semampu yang mungkin.

Saya mahu sediakan kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga.

Ada rumah yang cantik, kereta yang sesuai dan makan minum yang mencukupi.

Isteri bahagia, secara automatik saya jadi bahagia juga.

Kalau ada sumber kewangan yang kukuh, isteri boleh menikmati kemahuannya yang lebih baik daripada biasa.

Kesihatan terjaga dan kecantikan terpelihara.

Suami mana yang tidak mahu melihat isterinya sentiasa cantik dan menawan. Betul tak ?

Boleh belanja isteri membeli-belah dan paling utama memastikan isteri sentiasa ada wang dalam tas mereka. Ini rahsia yang membahagiakan mereka walaupun bukan semua.

Bagaimana untuk merealisasikan semua ini jika pendapatan kurang kaw-kaw?

Nak kaw-kaw kan pendapatan perlu ada bisnes.

Ini bertepatan dengan ajaran Islam.

90 peratus punca rezeki dari perniagaan dan 10 peratus melalui bekerja makan gaji.

Bayangkan kalau ada bisnes dan ada kerja makan gaji tentukan rezeki jadi 100 peratus. Hehehehe

Ada isteri tercinta akan menjadikan kehidupan suami lebih bermakna. Baik siang mahupun malam.

WAJIB BACA :   Jalan-jalan Cari Perempuan

3.Bangunkan potensi diri

Kita semua ada potensi diri untuk berjaya. Apa yang berbeza bakat, kemampuan, semangat, cara berfikir dan cara bertindak.

Tidak semestinya orang berbakat boleh berjaya. Kejayaan amat dipengaruhi banyak elemen dan faktor.

Sebab itu cabar potensi diri dengan terlibat dengan bisnes.

Kebanyakan syarikat ada menyediakan latihan untuk ejen-ejen mereka buat bisnes. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Ambil peluang ini untuk meningkatkan kemampuan diri. Tambah nilai ilmu akan menambah juga pendapatan.

Potensi diri harus digali dan diasah. Ada yang mahir berkomunikasi, menulis, membina hubungan kemanusiaan, video dan banyak lagi.

Potensi begini wajar ditengahkan demi manfaat diri dan orang lain.

Melalui platform bisnes sahaja potensi diri dapat diperguna sebaik mungkin dengan diganjari imbuhan yang luar biasa.

Wajarkan kalau tiga BIG WHY ini menjadi wasilah dan wadah untuk kita menceburi bisnes.

Kesimpulannya saya sudah membuat keputusan tepat dengan menyerah diri, masa dan tenaga dalam Volten International.

Anda bila lagi ?

Comments 4

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge