Berdakwah guna teknologi AI

Video yang saya hasilkan ini adalah satu usaha kecil untuk menggunakan teknologi AI bagi menghasilkan kandungan yang bermanfaat, khususnya dalam menyampaikan mesej dakwah dan mengisi ruang digital dengan kandungan yang baik.

Tetapi sebelum itu…

Semalam, ketika menghadiri majlis ilmu di masjid, saya sempat mengingati beberapa pesanan ustaz yang disampaikan berdasarkan beberapa mesej daripada hadis.

Antara pesanan yang masih saya ingat ialah jangan mudah mengkafirkan orang Islam lain.

Ustaz mengingatkan, sekiranya tuduhan yang kita lemparkan itu sebenarnya tidak benar terhadap orang yang dituduh, kesannya boleh kembali kepada diri kita sendiri.

Na’uzubillah min zalik.

Daripada situ, saya teringat betapa pentingnya kita menjaga lidah dan lisan.

WAJIB BACA :   Tiga tingkat keimanan orang berpuasa

Perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan berselawat kerana amalan-amalan ini dapat membantu mendidik hati serta menjaga tutur kata.

Oh ya..saya juga ada menghasilkan video dengan konsep Gemini Notebook  di Youtube

Ustaz juga berpesan supaya memperbanyakkan selawat, termasuk sehingga 1,000 kali sehari, sebagai salah satu usaha untuk mendidik hati dan membiasakan diri dengan amalan yang baik.

Ada satu lagi pesanan yang menarik perhatian saya.

Ustaz menyebut bahawa antara perkara besar yang turun ke bumi ialah taufik, manakala perkara yang berat untuk naik ke langit ialah ikhlas.

Ringkas, tetapi cukup mendalam.

Indah sungguh ungkapan para ulama dalam menyampaikan nasihat dan peringatan, yang kemudiannya disampaikan pula oleh para guru kepada kita.

WAJIB BACA :   Selamat datang Ramadan 1445

Saya tidak sempat merekod atau mencatat keseluruhan isi majlis ilmu tersebut.

Jadi, apa yang saya tulis di sini hanyalah perkara yang masih saya ingat dan fahami daripada perkongsian ustaz semalam.

Mungkin ada yang tersilap atau tidak lengkap dalam ingatan saya.

Namun, saya percaya setiap majlis ilmu pasti meninggalkan sesuatu untuk kita fikirkan.

Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya.

Dan sebagai usaha kecil saya dalam dunia digital, saya cuba pula menyampaikan mesej-mesej yang baik melalui video dengan bantuan teknologi AI.

Moga teknologi yang kita gunakan bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menjadi jalan untuk menyebarkan perkara yang bermanfaat.

Saya belanja halwa mata dan jiwa dengan video dakwaah seperti di bawah:

WAJIB BACA :   Kejayaan rekod 99,999 selawat

 

@code007aiSiri 36 [ 270826] Ingat Allah dengan cara berzikir guna tasbih

♬ original sound – CODE007

10 thoughts on “Berdakwah guna teknologi AI”

  1. Terima kasih, atas perkongsian beberapa pesanan ustaz dari majlis ilmu yang Encik Hanafi pergi. Setuju. Siapa kita nak menghakimi orang, apalagi orang yang kita tak kenal. Hanya Allah saja Maha Mengetahui. Elakkanlah sangka yang buruk-buruk, takut berbalik semula pada kita.
    Tot recently posted…Masak apa Jumaat terakhir di bulan JulaiMy Profile

    Reply
    • Banyak pesanan ustaz dan tak cukup masa pulak untuk kongsi kembali ilmu mereka.

      bagus hakimi diri dan perbaiki mana yang kurang agar lebih baik pada pandangan ALLAH.

      Reply
  2. ini lah cara betul untuk manfaatkan teknologi. buat video yang bermanfaat.. jadi reminder utk orang lain agar selalu menjaga lisan dan hati ❤️.

    skr ini banyak orang merasa lebih alim, lebih betul Islamnya, sehingga mampu men judge orang lain kafir, tidak benar dan segala macam. padahal yg bisa menentukan hati seseorang hanya Allah. apalah kita ini yg berani menghakimi orang lain
    Fanny Dcatqueen recently posted…KULINER IPOH: SANTAP MALAM MENU MELAYU DI JENDELA MIKAELMy Profile

    Reply
    • sebaik-baiknya muhasabah diri sendiri atau menghakimi diri sendiri..

      jika salah..segera perbaiki.

      untuk orang lain cuma layak bagi nasihat yang berhemat

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge