Blog pilihan untuk Disember 2023

blog di NetKL Network

Beberapa hari lagi kita akan meninggal tahun 2023 buat selama-lamanya. Jadi sebelum berakhirnya tahun ini, izinkan saya berkongsi blog pilihan untuk Disember 2023.

Proses pemilihan blog tersebut cukup mudah.

Mana-mana blog yang sentiasa terlintas dalam fikiran maka blog itulah jadi pilihan kali ini.

Jom kita lihat blog yang mana satu berada dalam fikiran saya ketika penulisan artikel ini dicoretkan.

1.Blog Abam Kie

Saya suka tagline blog Abam Kie iaitu The Man of The House.

Pengisian blog terbahagi kepada dua versi.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mesej yang disampaikan cukup bermakna dan berguna untuk para pembaca.

WAJIB BACA :   Cara menulis artikel blog yang semua orang boleh buat

2.Blog Anies and You

Tagline blog ini yakni Dear Anies – otherwise known as anies the great cukup gah dan megah.

Blogger Anies suka menulis dengan gaya urban, serta berkongsi cerita tentang jalan-jalan dan makan-makan.

Saya menjangkakan blogger Anies seorang wanita (Melayu Terakhir) yang peramah dan lucu orangnya walaupun belum ditakdirkan lagi berjumpa secara bersemuka.

3.Blog Kait dan Lari

Blog ini berkaitan diari larian oleh blogger puan Nur.

Dengar cerita suka lari ( bukan lari dari rumah) dan hobi mengait dua jarum.

Pada awal (perkenalan) saya membaca blog ini, penulisannya sangat sederhana dan pendek sahaja.

Lama kelamaan tulisan semakin bagus dan menarik.

WAJIB BACA :   Sistem Bergilir Ala-Ala Poligami

Dan diakui orangnya aktif dan slim-slim gitu.

Tak ramai yang boleh kekalkan berat badan demikian jika usia mendekati separuh abad sebagaimana saya juga.

Kesimpulan

Saya berharap silaturahim kita sebagai blogger tetap berterusan memandangkan kedatangan blogger yang baharu semakin tandus dimamah zaman.

Jika kita berhenti maka berhentilah dunia blogging kerana ditengelami pencipta konten yang lebih popular seperti Youtuber, Tiktoker dan Influencer di media sosial.

Jom kekalkan momentum menulis blog kerana menulis itu satu terapi jiwa yang unik dan tiada taranya di muka bumi ini.

46 thoughts on “Blog pilihan untuk Disember 2023”

  1. Saya sering berkunjung ke Blog Anies dan Blog Kait dan Lari. Dua-duanya blogger yang ramah dan tulisan-tulsannya sederhana dan mudah dimengerti.

    Blog Abam Kie ini belum saya kenal. Mas. Coba saya follow blognya.

    Semoga persahabatan via blog tetap terjalin ya Mas.

    Salam

    Reply
  2. semua blog di atas ya nang selalu disinggah.. semuanya ada kekuatan masing² blog-blog atas ya berdasarkan genre sidak pun… mun bkn kita nak maintain nulis blog tok sapa lagik nk oo?

    Reply
        • senang cerita…menulis dah sik best

          bagus kelaka depan kamera

          Biasa orang boleh menulis boleh bercakap dengan baik dan teratur gayanya

          kmk tauk sebab banyak bergaul dengan sidak yg banyak ilmu dan kerja menulis

          Reply
  3. Kalimat pembukanya ngeri banget,
    “ Beberapa hari lagi kita akan meninggal tahun 2023 buat selama-lamanya”
    Mungkin ada kata -kan di setelah kata meninggal.
    Jadi kaget baca kalimat pembukanya

    Reply
  4. oiiittt tekojut den! hahahaha
    amboiiiii tinggi nau tu pujinya…. tergolek jatuh bak nagka busuk sy nanti hahahaha

    BTW terima kasih banyak2 😉

    Reply
  5. susah buat saya berhenti blogging. Krn dari kecil pun saya terbiasa menulis di diary. lalu sekarang di blog. jadi memang tak akan terfikir untuk berhenti. menulis pun buat saya sarana terapi untuk menghilangkan jenuh.

    kalo sedang tidak bisa traveling, pastinya saya menulis, untuk refresh pikiran.

    Reply
  6. Ya, keep blogging..Dont lose hope walaupun mood saya pun kelaut ada masanya..

    Setuju..blog yg disebut semua best untuk dibaca, memberi inspirasi dan informasi 🤍

    Reply
    • sebab menulis umpama meluah sesuatu dalam hati..

      yang menariknya boleh dibaca berulang kali untuk diri sendiri dan juga orang lain

      Reply
  7. Kembang kuncup hidung saya baca entri ni. Terima kasih, Encik! 😀
    Saya setuju. Marilah kita terus menulis blog, dan terus menyokong satu sama lain. Berusaha!

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge