Buffet Ramadan 2019 Di Hotel Grand Margherita

Bagaikan rezeki terpijak, saya bersama rakan sekerja dipelawa untuk hadir ke Buffet Ramadan di Hotel Margherita, Kuching.

Pada kali ini Seri Sarawak Macam2 Ada Ramadan Buffet mengadakan di Poolside Pavilion di kawasan hotel tersebut.

Suasana keindahan sungai Sarawak yang melatari tempat kami berbuka puasa amat membangkitkan nostalgia yang tidak boleh dilupakan. Rugi kalau tidak mencuba. Sambil berbuka puasa sambil itu pula menikmati suasana yang indah dan santai di tebingan sungai.

Hotel Grand Margherita

Pihak Hotel Grand Margherita telah mengadakan buffet Ramadan ini bermula dari 6 Mei sehingga 4 Jun 2019.

Tempat untuk solat dan wuduk juga turut disediakan bagi kemudahan tetamu untuk menunaikan kewajipan.

Buffet Ramadan 2019 Di Hotel Grand Margherita

Buffet Ramadan sarawak

Masa beroperasi dari pukul 6.30pm sehingga 10pm setiap hari.

Kadar harga untuk orang dewasa RM96 seorang manakala untuk kanak-kanak cuma RM38 seorang.

WAJIB BACA :   Masakan Tanpa Minyak Guna Volten Air Fryer Memang Best Giler Tau !

Selain itu penembusan mengunakan baucer di Seri Sarawak Macam2 Ada Buffet Ramadan pula akan mendapat harga RM78 untuk orang dewasa.

Bagaimanapun ada harga lagi istimewa jika menggunakan Insider Club Mobile iaitu cuma RM72 untuk orang dewasa.

Apa yang menariknya dalam buffet Ramadan ini terdapat lebih 100 juadah tempatan dan antarabangsa disajikan untuk para pengunjung.

Hotel Grand Margherita

Antara yang wajib dicuba ialah bubur pedas.Ia disajikan setiap hari.

Bahkan ada juadah khas yang popular di Pulau Pinang turut disediakan untuk majlis berbuka puasa tahun ini.

Menu seperti Penang Char Kueh Tiaw, Penang Loh Bak, Hokkien Prawn Mee Soup, Seafood Omlette, Penang Fruit Rojak dan Penang Asam Laksa wajib dicuba dan dinikmati kehebatan rasanya.

Inilah peluang kepada peminat makanan Pulau Pinang untuk merasai sendiri di Sarawak hanya datang ke buffet Ramadan di Hotel Grand Margherita.

WAJIB BACA :   ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Dalam pada itu tidak ketinggalan juga makanan tempatan Sarawak turut disajikan dalam buffet Ramadan tersebut.

Antaranya Umai Ikan, Umai Udang, Bubur Pedas, Paru Goreng Rempah, Daging Rendang, Udang Masak Lemak dengan Nenas, Sambal Tumis Petai dengan udang, Manok Pansuh, Ayam Masak Lemak, Lamb Shoulder Curry, Ekor Lembu Assam Pedas, Cangkuk Manis dengan Labu Kuning Masak Lemak dan banyak lagi.

Hotel Grand Margherita

Hotel Grand Margherita

Hotel Grand Margherita

Nak tahu lebih silalah datang sendiri.

Bagi pengemar makanan Jepun pula jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan Sushi/Maki, Shake No Hachimitsu Aji, Shirae Sarada, Hamaguri Harusme Sarada, Rin-go, Budo dan Ebi Sarada.

Untuk bahagian barbeque turut disajikan pelbagai variasi makanan laut yang pastinya mengundang selera para pengunjung.

Sebenarnya masih banyak sajian yang tidak mampu saya senaraikan di sini.Sangat banyak dan rambang mata untuk memilih menu yang ada. Bak kata orang tepuk dada tanya selera.

WAJIB BACA :   Cara Betul Menggunakan Produk Delourva

Saya sendiri telah mencuba kambing golek, air batu campur, buah-buahan dan kuih muih tempatan.

Hotel Grand Margherita

Hotel Grand Margherita

Baca juga :

Rasanya memang terbaik dan menepati selera orang yang berbuka puasa.

Untuk menyejukkan tekak selepas seharian berpuasa saya memilih Chilled Almond Bean Curd.

Hotel Grand Margherita

Dua perkataan sudah cukup untuk menjelaskan perasaan saya.

“Puas hati”

‘Thumb Up’ untuk Seri Sarawak Macam2 Ada Ramadan Buffet kerana menyajikan menu terbaik di Hotel Grand Margherita untuk tahun ini.

Pertanyaan lanjut atau membuat tempahan boleh hubungi 082-532111 ext 1196

Website : www.grandmargherita.com

Page Facebook: www.facebook.com/grandmargherita

Link : www.insidersclub.com.my

*kemas kini : 14/4/22

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge