Category «SANTAI»

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Satu restoran kecoh. Saya ketika itu sedang enak menjamu selera. Saya tidak tahu apa cerita. Tidak tahu hujung pangkal cerits. Saya hanya mendengar suara nyaring dan kasar pelanggan lelaki memarahi pekerja restoran di situ. “Cakap-cakap baik dengan emak saya” katanya penuh emosi marah. “Saya boleh bayar la. Cakap sahaja berapa” tambahnya lagi. Pekerja restoran tersebut …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 5)

Hujan lebat macam manapun saya tetap turun kerja hari ini. Demi amanah dan khidmat untuk rakyat. Eh! macam YB la pulak. Dari jendela pejabat saya perhatikan ke luar. Kelihatan beberapa motosikal menjalar di jalan raya. Meredah hujan dengan kesejukan. Mereka tentu kebasahan. Bersyukur orang yang ada kereta. Mereka sejuk juga tetapi kesejukan kerana penghawa dingin. …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 3)

‘Rasa nak pengsan’… itulah monolog hati saya sebaik sahaja keluar dari gim hari ini. Peluh jantan tidak berhenti menitis. Keringat hangat terus membasahi baju yang saya pakai. Dengan langkah berhati-hati saya menuruni tangga gim dengan sisa tenaga terakhir. Inilah antara kepayahan, kesakitan tetapi kenikmatan ahli fitness. Memang betul, bersenam dan membentuk badan bukan sesuatu yang menyeronokkan dalam …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 2)

Tengah sedap-sedap saya tidur, pandai terjaga pulak tengah malam. Saya lihat jam baru pukul 12.33 pagi. Sedangkan saya masuk tidur jam 11 malam. Ini tidak boleh jadi. Mata cuba dilelapkan. Tidak juga dapat lena. Tanpa sedar perut pula rasa kelaparan. Mahu atau tidak makan sahaja apa yang ada. Akhirnya perut kenyang. Mata pula semakin segar. …

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 1)

Tiba-tiba fikiran saya kosong. Terbang melayang. Hati sarat dengan rindu yang tak tertahan. Jiwa bergelora mengenang rasa cinta. Ya rasa cinta dan impian untuk berjaya. Bukan alang-alang jika nak berimpian, Terbitnya rasa teruja dengan impian peribadi 2021. Lantas teringat pesan tuan Sifu Zuhari Nopiah. Beliau pesan agar war-warkan impian kita di Facebook atau Instagram ataupun …

Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Saya teringat kisah awal tahun lepas. Pada masa itu pandemik Covid-19 belum lagi berleluasa di dunia apatah lagi di Malaysia. Kebetulan saya menjadi tetamu jemputan dalam majlis perkahwinan orang ternama. Majlis bermula selepas Isyak. Ketika waktu Maghrib, para tetamu berkesempatan untuk menunaikan solat di satu bilik yang sangat istimewa dalam rumah tersebut. Ada seorang sahabat …