Dua impian tak kesampaian pada hari pertama 2021

Hari pertama tahun baharu ramai bercuti. Premis perniagaan juga banyak yang tidak beroperasi.

Saya macam biasa. Soal kerja tetap diteruskan. Cuma sebelah pagi saya ‘off duty’.

Jadi kesempatan tersebut saya menjalan operasi memburu impian.

Impian pertama untuk beli buku.

Cari buku motivasi. Boleh juga nak ‘kasi up’ motivasi dan inspirasi pada awal tahun begini.

Sayang kali seribu sayang. Kedai buku tersebut sudah tutup.

Penutupan kedai buku memang agak mendukakan bagi mereka yang cintakan buku.

Trend perniagaan sekarang ini sudah beralih. Semua perkara boleh dibeli dan didapati secara dalam talian sahaja.

Saya akur sambil menggelengkan kepala dengan perasaan hampa.

WAJIB BACA :   Hidupkan Rasa Syukur Setiap Hari

Misi memburu impian pertama kurang berjaya.

Saya kesuntukan masa.

Habis solat Jumaat, saya bergegas pula ke pusat membeli-belah.

Hasrat dan impian untuk beli baju baru.

Sampai di pusat membeli-belah begitu ramai orang datang meluang masa bersama orang-orang tersayang.

Ada yang berpasangan. Ada yang bawa satu keluarga besar.

Dalam ramai-ramai begitu, ada seorang sahaja jalan sorang-sorang. Siapa lagi kalau bukan saya. hehehe.

Saya masuk ke gedung membeli-belah yang terkenal di bandar raya ini.

Melilau mata saya nak pilih baju yang menarik dan cantik.

Sekali lagi saya belum berjaya. Baju yang berkenan tidak ditemui.

Jika ada sekalipun harga pula tidak berkenan.

Akhirnya saya keluar dari pusat membeli dengan tangan kosong.

WAJIB BACA :   2 cara mempromosikan produk secara online yang powerful

Kira-kira satu jam lagi saya perlu masuk kerja.

Saya ambil keputusan untuk balik sahaja tempat kediaman.

Nampaknya impian saya yang tak kesampaian untuk hari pertama tahun baharu 2021.

Misi tetap diteruskan untuk hari yang seterusnya.

Comments 14

Leave a Reply to Mus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge