Gōng Xǐ Fā Cái adalah ucapan yang biasa yang kita dengar semasa Tahun Baharu Cina yang bermaksud tahniah dan semoga menjadi kaya / semoga murah rezeki.
Sebab itu tidak hairan orang Cina ramai yang menjadi kaya raya dan kuasa ekonomi mereka pegang kerana majoriti terbabit dalam perniagaan.
Ini tidak bermaksud kaum lain tidak kaya tetapi kekayaan sudah sinonim dengan orang Cina kalau di Malaysia.
Bawah ini beberapa kisah menjelang Tahun Baharu Cina yang saya sendiri alami.
Kisah 1
Beberapa hari yang lepas saya dapat merasa empat biji limau mandarin.
Dua biji saya dapat di kedai tinted dan dua biji lagi di pejabat.
Kisah 2
Ketika shopping di sebuah kedai saya sempat bersembang dengan apek cina atau uncle.
Dia begitu teruja sekali untuk bercerita majlis makan besar yang akan dilakukan pada petang Selasa.
Menariknya juga dia sempat mengulas, saya juga akan makan besar pada hari berbuka puasa pada hari pertama Ramadan nanti.
Cukup prihatin juga uncle cina tu.
Kisah 3
Semalam saya terjaga jam 11.47 pm begitu.
Bunyi mercun begitu meriah sekali.
Tidak lama selepas itu iaitu lebih kurang 15 minit, hujan lebat la pulak.
Terus bunyi dentuman mercun berhenti dan suasana kembali sunyi.
Apa lagi sambung tidur.
Kesimpulan
Kepada kaum Cina dan kenalan saya yang merayakan Tahun Baharu Cina saya ucapkan doa Gōng Xǐ Fā Cái atau Gong Shee Fa Chai.
Pasti mereka jawap Gōng xǐ gōng xǐ yang bermaksud tahniah-tahniah.
Segmen harian potret AI

Selamat Tahun Baru Cina ya Mas Hanafi…
Dan selamat menyambut bulan Ramadan juga. Semoga bulan ini membawa keberkatan untuk kita semuaa.
Terima kasih mas..
sama-sama kita jalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan sebaiknya mungkin
aahlah sha hari tu cuti CNY dekat Ranau, meriahnya mercun sana sini..bukan chinesse pun bakar mercun juga hihi beli brg free orange manis pula tu..
Kalau tiada mercun…memang kemeriahan itu tidak terasa sangat
sebab itu mereka ada mercun dan buah limau mandarin tu.
teringat zaman kuliah, di Penang saya tinggal dengan keluarga Chinese. baiiiik sangat. jadi 4 tahun di sana, saya ikutlah merasakan meriahnya Imlek .
tiap jelang Imlek pasti aunty sibuk bersih2 rumah, masak. semua dimasak sendiri oleh aunty. lalu suara mercon 15 menit tanpa henti saat pergantian tahun 😄. rindu saya masa2 itu.
Kalau tiada mercun memang kurang meriah untuk tahun baharu cina.
Untung Fanny ada pengalaman begini.
tak semua ada pengalaman sedemikian.