Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki

Hati seorang perempuan sukar untuk ditakluki.Penuh misteri dan teka teki.Benarlah seperti kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang dalam.Ya memang dalam maksudnya.Sehingga nakhoda kapal yang hebat belum tentu tahu jawapannya.Inikan pula seorang lelaki biasa.

Lelaki perlu perempuan.Begitu juga perempuan perlu lelaki dalam melengkapi kehidupan ini.Mustahil sama sekali lelaki boleh hidup bahagia tanpa perempuan.Lelaki dan perempuan memang ditakdirkan untuk hidup bersama meneruskan legasi kehidupan.

Usah ditanya mengapa perlu kehadiran mereka dalam hidup seorang lelaki.Jawapan yang pasti kerana lelaki dan perempuan saling memerlukan.

” bagai aur dengan tebing”

” bagai laut dengan pantai’ 

laut dan pantai

Patah tumbuh hilang berganti.Jika pincang maka umpama lagu tanpa irama.Sedih dan hampa tidak terkata.

Fuhh..

Itu baru mukadimah.

Alkisahnya admin ingin berkongsi cerita seorang lelaki yang enggan dikenali.Dia menceritakan kepada admin kisah duka laranya cuba menakluki hati seorang perempuan.

Jom kita baca cerita beliau yang hanya membahasakan dirinya dengan panggilan ‘saya’ dalam artikel kali ini.

Cerita pun bermula..

Saya anak sulung dari adik beradik.Bekerja biasa-biasa.Bukan golongan korporat.Minta dijauhkan menjadi golongan keparat.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki yang demam rindu

Saya berusia bawah 50 tahun namun masih hensem dan ada gaya, mutu dan keunggulan. ( macam ayat iklan rokok pulak dah )

Saya sudah berumahtangga dan dikurniakan 3 cahaya mata.Istilah cahaya mata seakan-akan tidak relevan sebab  mata mereka tidak bercahaya sebagaimana mata kucing yang sinari cahaya waktu malam.hahahaha..Gurau !

Rentetan cerita duka ini cukup lama.Berlaku sekitar tahun 2010 lagi.Pada masa itu saya meletak jawatan dari bekerja makan gaji.Alasannya untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Terjun ke dunia niaga tanpa ilmu dan pengalaman yang cukup memang perit bagaikan menjerut leher sendiri ke tali gantung.Maaf perumpamaan ini agak kasar.

Mana tidaknya.Tersilap langkah buruk sungguh akibatnya.Kesannya masih terasa hingga ke hari ini.Wang puluhan ribu habis licin.Kereta kesayangan berpindah tangan dan paling menyayat perasaan hilangnya kebahagiaan rumahtangga.

Kesilapan adalah guru paling ampuh untuk mengajar erti kejayaan.Tak silap tak belajar jawapnya.Namun jangan beranggapan mesti buat silap dulu baru boleh berjaya.Tak betul juga kerana kesilapan adalah tindakan yang bukan disengnajakan.

WAJIB BACA :   Belajar bersangka baik atau husnuzon

Dengan kesilapan itu saya belajar sesuatu.Saya sedar untuk berjaya dalam dunia perniagaan tidak semudah teori yang dilakarkan atas helaian kertas putih.

Bermula dari kegagalan dalam perniagaan, hubungan saya dan perempuan itu mula goyang.Semakin lama semakin bergoyang.Bukan goyang Inul tau !

Tiada lagi gurau senda.Apatah lagi ketawa ceria.Yang ada ketakutan,kegelisahan dan kegusaran.

Hilang cinta mungkin kerana saya sudah kehilangan pendapatan tetap yang lumayan.Taraf hidup merosot dan menjunam.Bak kata orang kehidupan semakin ke laut biarpun saya duduk di kawasan perumahan yang jauh dari laut.

Jujur siapa yang sanggup untuk pilih hidup susah dalam dunia ini ?

Adapun pendapatan seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan malam.Tak ubah seperti ayam.Cuma ayam bernasib baik kerana cukup masa akan menjadi santapan manusia. hehehehe

Akhirnya saya dan perempuan itu tidak bersefahaman.Hati lain-lain.Tidak bersatu dan tidak bersama dalam melayari bahtera rumahtangga.

Saya kecewa dan hiba mengenang nasib badan.Hati seorang perempuan tidak mampu saya takluki.

WAJIB BACA :   PKP dan Covid-19: Ketakutan perlu berasas…

Ketika mengheret semula kisah silam, saya yang bersalah.Saya akui kesalahan dan menyesal tak sudah.Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengubah nasib menjadi orang yang kaya.Kini mampu beli kaya dan roti walaupun setahun sekali.

Saya silap kerana menjadi lelaki yang belum berjaya,kaya dan ternama.Dahlah tiada banglo mewah, kereta sorong pun tiada.

Pendek kata tiada sesuatupun yang boleh perempuan itu banggakan tentang saya.

Saya pasrah setelah melewati 9 tahun yang penuh duka lara.Berserah diri kepada Allah.Berzikir dan berselawat untuk mengisi kesunyian hati yang tidak bertepi.

Penutup

Cerita lelaki yang admin kongsi ini cuma kisah masyarakat yang belum layak diangkat martabat sebagai Hero Yang Tidak Didendangkan.

Harapan admin agar pembaca semua doakan lelaki tersebut akan menemui cinta yang baharu.Admin juga nasihati lelaki itu supaya jangan terlalu memaksa diri agar  yang disukai manusia.Soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa menjadi suka.

Cuma yang terbaik usahakan agar diri kita disukai Allah SWT ketika hidup dan ketika mati.In shaa Allah.

Comments 40

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge