Indahnya Hidup Berkeluarga

Admin memang selalu makan di kedai.Selalu juga take away.Setakat ini belum ada kesempatan untuk memasak sendiri semenjak tinggal di bilik sewa murah.Inilah kehidupan orang yang sudah kembali solo.

Kini admin sedar betapa indahnya hidup bekeluarga.

Hidup berdua dengan isteri.

Hidup berempat bersama anak dan isteri.

Semua ini tiada galang gantinya.

Syukur.

Admin sudah merasai 16 tahun.

Satu tempoh agak panjang.

Tempoh itu ternyata pinjaman untuk admin bagi merasa betapa indahnya hidup bekeluarga.

Hasil pemerhatian..

Ketika makan admin memerhatikan keadaan sekeliling.

Jarang  kelibat orang makan sorang-sorang macam admin di kawasan tersebut.

Orang lain bawa keluarga.

Bawa teman atau pasangan.

WAJIB BACA :   Keunikan Tasbih Biji Pisang Sunan Bonang Amat Mengujakan

Ketika melihat keluarga tengah menikmati makan malam tatkala itu admin panjatkan doa.

Bukan doa untuk admin.

Doa untuk mereka supaya kekal bahagia dan harmoni .

Bersama ahli keluarga mensyukuri nilai kasih sayang yang tak terbeli dengan wang ringgit dan harta benda.

Oh indahnya hidup bekeluarga.

Jadikan keluarga nombor satu.

Ketepikan kepentingan sendiri.

Boleh ?

Comments 16

Leave a Reply to Ella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge