Cabaran Kempiskan Perut Buncit Untuk Pikat Gadis Cun

Perut buncit adalah fenomena biasa.Kebiasaannya menyerang kaum lelaki.Tidak terkecuali juga kepada kaum wanita.Bahkan fenomena perut buncit tidak mengira sama ada seorang itu gemuk atau kurus.Malah kanak-kanak pun boleh dihinggapi perut buncit.

Bahasa mudahnya perut buncit sangat popular dalam masyarakat masa kini.Namun begtu ada seorang lelaki yang tidak suka dengan perut buncitnya.Biarpun ada yang menganggap perut buncit adalah lambang kebahagiaan dan kesenangan.

Bagi lelaki tersebut semua itu adalah auta.Mitos zaman moden yang bertujuan menjaga hati ramai pembuncit diluar sana.

Beginilah ceritanya…

Admin dengan rasa teruja ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana lelaki perut buncit ini sanggup menyahut cabaran untuk kempiskan perut buncit dalam masa tiga bulan.Objektif utamanya selain menjaga kesihatan ialah untuk memikat gadis cun.

Waceh!

Dengar khabar jika cabarannya berjaya maka ganjarannya adalah menyunting gadis cun menjadi isteri.Gambaran dalam fikirannya jelas.Gadis cun akan diganding bersama dengan lelaki ini yang berbadan sasa.

Menurut imaginasinya…

Kedua mempelai bagaikan pinang dibelah empat.Sama padan.Sama menawan.Pesona dan aura mereka mencetus fenomena.

Putaran masa seakan-akan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada mereka berdua menyatakan perasaan cinta dan kasih suci tidak berbelah bagi atas pelamin yang dihias indah.

kahwin

Bahagianya melimpah-limpah ke Jannah.

Fulamak…

Ramai jejaka mula terinspirasi.Mereka ingin seperti lelaki ini.Serius menjaga kesihatan dan meninggalkan gaya hidup tidak sihat.

Ramai gadis mula menteladani.Mereka ingin seperti gadis itu.Fokus menjaga akhlak dan meninggalkan kebiasaan kurang elok.

WAJIB BACA :   Keajaiban silih berganti

Itu baharu mukadimah…

Dalam bahagian berikutnya lelaki itu cuba menjelaskan kepada admin bagaimana dia melaksanakan cabaran untuk kempiskan perutnya.

Cabaran pertama : Kesedaran yang mendalam

Kesedaran untuk kempiskan perut buncit bukan sekadar fatamorgana.Kita bukan berada di gurun padang pasir.Tidak mungkin kita leka dengan bayangan punca air tetapi realitinya bayangan awan dipancari terik matahari.

Kesedaran dapat menepis sikap hangat-hangat tahi ayam.Hari ini bersemangat seolah-olah esok dunia akan kiamat.Semua nak buat sampai dapat.Tetapi sayang.Panasnya hari tidak sampai ke petang.

Lelaki itu tidak mahu begitu.Dia sedar cabaran untuk kempiskan perut dibuat dengan istiqamah.Buat sampai jadi.Biar puas hati walaupun tidak semudah melafaz janji hidup semati kepada kekasih hati.

perut buncit

“Susah senang bersama dan realitinya bila susah ditinggalkan sorang-sorang.”

Untuk memastikan kesedaran kekal berapi-api dia telah menulis atas kertas.Bukan atas batu.Apatah lagi nak tulis atas tangan.Itu semua merapu-rapu.

Jangan percaya.hahahaha.

Dengan kesedaran dipasak teguh dalam hati segala ujian dan rintangan akan dihadapi dengan cekal hati.

Ya,memang bersemangat lelaki itu walaupun garis-garis halus sudah menampakkan usianya dalam meniti perjalanan senja.

Sekali lagi, kesedaran untuk mengempiskan perut buncit wajib ada dan sedar usaha pasti berbaloi.

Cabaran kedua: Berhati-hati memilih minuman dan makanan

Sebelum ini lelaki tersebut suka minum air kopi 3 dalam 1 yang manis.Asal minum je air manis.Asal air manis je mesti minum.

WAJIB BACA :   Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Perlu ingat dan jangan lupa bahawa air manis mengandungi kalori yang tinggi.

Lama-kelamaan endapan kalori dalam perut menjadi-jadi.Kalori yang diambil dan tidak diguna sepenuhnya bertukar jadi lemak.

perut buncit

Lemak yang diternak di bahagian perut akhirnya memberi imej buncit.Lagi buncit lagi jelek rupanya.Sekarang lelaki itu juga yang susah hati.Stress memanjang.

Padan muka la jawapnya…

Dulu lelaki itu suka makan makanan yang bergoreng dan berminyak.Ayam goreng,ikan goreng,cucur pisang dan segala macam makanan yang bergoreng.

Nasi lemak dan nasi goreng adalah menu kegemaran dia.Selagi tak bergoreng selagi itu tak nak makan dengan penuh selera.

Nasib baik lelaki itu tersentak dari lamunan.Kini beliau berusaha mengelak makanan tiga serangkai berikut.

1.Terlalu manis

2.Terlalu berminyak

3.Terlalu masin

Lelaki itu terus cerewet dalam soal pemakanan.Dia mengambil makanan dalam kuantiti sedikit terutama nasi dan ayam.

Makanannya kini lebih banyak kepada sayuran dan buah-buahan.Fokusnya kini mengurangkan sumber makanan berkarbohdirat tetapi melebihkan makanan bersumberkan protein.

kata kata kejayaan

Lelaki tersebut percaya makanan yang berprotein akan membina otot dan bukan menebal perut.

Ternyata perut yang tebal diumpamakan seperti orang mengandung yang tidak akan bersalin hingga akhirat hayat.

Cabaran ketiga: Senaman fizikal yang keras

Setelah bertahun-tahun tidak bersenam tentunya lemak yang diternak berpesta sakan.Ia berkembang biak sehingga perut yang tidak bersalah jadi mangsa.

Semakin hari semakin maju.Kemajuan itu tidak salah.Yang salah perut maju ke depan.Sepatutnya kekal nipis dan kempis sebagaimana zaman muda-muda dulu.Rindulah pulak zaman itu.

WAJIB BACA :   Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018

Badan masih ringan.Perut masih kempis.

Lelaki tersebut akan berusaha menjalani senaman tiga bersaudara.Senaman ini perlu dibuat istiqamah dan jujur pada diri sendiri.Berhenti sekerat jalan mungundang usaha sia-sia.

Berikut adalah senaman fizikal yang akan dilakukan selama mana mampu dan kalau boleh sehingga menghasilkan bentuk tubuh yang diingini.

1.Push up

2.Sit Up

3.Elbow Flank

Ketiga-tiga senaman ini tidak memerlukan kos yang tinggi.Tidak memerlukan peralatan yang mahal.Malah mudah untuk dilakukan namun kurang seronok untuk dilaksanakan.

Sempat juga lelaki itu berbisik kepada admin agar pembaca turut mendoakan semangat yang konsisten kepada beliau.

Aamiin.

Sekiranya pembaca pernah aktif bersukan memang akur senaman keras tersebut bukan sesuatu yang seronok.Ia dilakukan secara berulang-ulang dalam tempoh maa yang panjang.

Jika tidak mana mungkin orang putih begitu berani dan lantang menyatakan,

“ No pain and no gain “

Penutup

Admin percaya perut buncit masih ada jalan penyelesaian untuk kembali kempis.

Mungkin peringkat permulaan tidak nampak hasilnya.Namun lama-kelamaan akan membuahkan hasil juga.

Ikut sahaja pepatah Arab, “ man jadda wa jadda”

Maksudnya, orang yang berusaha maka dia akan dapat.

Admin sempat mengusik lelaki itu agar jangan lupa jemput admin untuk datang majlis perkahwinan sekiranya jodoh dengan gadis cun tersebut menjadi realiti.

Lelaki itu cuma tersenyum sambil menatap penuh makna gambar gadis cun yang menghiasi wall telefon Nubia M2 Lite miliknya.

Dalam diam admin doakan dia berjaya dan minta pembaca turut doakan usahanya berhasil dengan izin Allah SWT.

Aamiin.

Comments 58

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge