Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya

Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya

Saya akui kuasa minda adalah elemen utama untuk berjaya.Sebelum ini saya pernah menulis satu entri berkaitan yang bertajuk Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya.

Boleh dibaca semula untuk mengetahui bagaimana hebatnya kuasa minda dalam mencapai apa jua kejayaan yang kita mahukan.

fokus untuk berjaya

Dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari (Fasa 3) pada kali ini saya nak fokus untuk membaca buku.

Tidak dinafikan membaca buku sudah menjadi tabiat yang kurang digemari.

Kita semua cenderung untuk membaca status di wall media sosial seperti Facebook,Whatsapp,WeChat,Instagram,Tweeter dan Telegram.

Kita berinteraksi secara langsung dalam dunia maya sehingga melupus nikmat membaca buku.

Perubahan zaman amat pantas.

Teknologi interaktif sangat pesat.

Sebelum ini media massa menjadi saingan kepada tabiat membaca seseorang.Siaran TV hiburan menjadi gangguan utama,akhbar tabloid yang  sensasi memancing minat pembaca dari berkepit dengan buku.Itu dulu.

Sekarang gangguan lagi dahsyat dengan kehadiran Youtube,Smule dan apa sahaja yang mengabungkan visual,audiotori dan emosi.

Penjelasan ini memberi gambaran awal bahawa cabaran yang saya cukup gentir.

Orang lain memegang set telefon dan saya pula berkepit dengan buku.Oh.Nampak macam ketinggalan zaman pulak dah.

Saya akan sahut cabaran ini dengan memberi fokus untuk membaca buku dalam memantapkan lagi kuasa minda.

4 thoughts on “Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya”

  1. Saya nak cari tentang faktor persekitaran yang dapat mencapai kejayaan seseorang tapi..tak keluar pon..yang hanya cakap je..malaslah..dah la serabut kepala.😭😭

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: