Awam, Santai

Pakej Lelaki Hensem

Lelaki hensem menjadi satu kelebihan empunya badan.

Ramai orang yang suka.

Orang kata sedap mata memandang.

Lebih mengujakan kalau ada lelaki hensem mempunyai pakej yang sempurna.

Ada kerjaya yang mantap.Kewangan yang stabil.Pegangan agama yang kukuh.Akhlak pula sentiasa terjaga.

Lelaki hensem begini menjadi dambaan kepada wanita.Biarpun bukan semua tetapi pasti ada yang mengingininya.

Bukan sesuatu yang pelik bagi wanita mahukan lelaki hensem sedemikian rupa.

Namun begitu ia bukan perkara mutlak.Hensem adalah subjektif.Hensem adalah bonus.

Yang menjadi wajib adalah agama dan akhlak.

Agama yang dipelihara dan akhlak yang dijaga akan menjadi seorang yang kurang hensem bertukar jadi lelaki hensem.

Jika rasa diri hensem tetapi tidak menjaga agama dan akhlak bukanlah pakej lelaki hensem.

14 Comments

  1. hensem ni subjektif, asalkan kita pandang dah buat sejuk hati pun syukur.
    biasanya la kan, lelaki hensem pasangannya biasa2 je.kecuali retiss.hihihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
%d bloggers like this: