Penggunaan media sosial pelengkap kejayaan blogger

Penggunaan media sosial sangat meluas ketika ini.Saya sendiri sudah menjadi pengguna media sosial sejak 2009.Boleh dikatakan sebelum bergelar blogger lagi di Malaysia ini.Kini sudah lama juga.Namun sehingga sekarang belum ada rasa jemu dan bosan.

Dulu hanya mengguna desktop dan laptop.Kini penggunaan lebih meluas kepada gajet mudah alih seperti telefon pintar,tablet dan yang sewaktu dengannya.

Sungguhpun begitu saya belum termasuk pengguna media sosial yang tegar Ada masa ‘ponteng’berhari-hari.

Berbulan-bulan pun ada kerana sebab tertentu.Media sosial untuk blogger Malaysia amat sinonim.Ia bagaikan aur dengan tebing atau kuku dengan kulit.

Nak lebih puitis lagi,bagaikan laut dan pantai.Berpisah tiada kerana sudah berikrar sehidup dan semati.Realiti tidak juga.Media sosial cuma elemen tambahan sahaja.

WAJIB BACA :   Cara menulis artikel blog yang semua orang boleh buat

Perkara asas bagi blogger ialah blog.Tiada blog maka tidak ada makna gelaran blogger.Bukan setakat blog sahaja.Pengisian blog jauh lebih penting.

Di samping itu kemampuan blog dari SEO untuk menempatkan artikel pada halaman utama dalam enjin carian.
Sekiranya tiada kekuatan SEO pada blog maka alternatif terbaik ialah media sosial.Blogger boleh membuat promosi menggunakan Fan Page,timeline sendiri dan group.

Jika mampu dari segi modal duit boleh gunakan Facebook Ad untuk meluaskan sasaran pembaca.Apatah lagi sebagai blogger pemula atau blogger newbie sebagaimana saya.Tentulah amat bergantung kepada media sosial untuk kerja promosi.

Kekadang sahaja mrhanafi kurang motivasi untuk lepak di media sosial.Kebiasaannya lebih kerap sehingga tugas rutin blogger boleh terabai.

WAJIB BACA :   Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018

Apabila terabai jadilah blog akan ditumbuhi semak samun dan hutan belukar.Bahasa orang blogger tempat bersawangnya Spiderman dan Batman berpesta.

Cuba bayangkan mereka seperti pepet diluar dan rencong di dalam.Maafkah lah ye.Itu bahasa orang lama yang bergiat dalam sastera.

Selagi media sosial boleh digunakan dalam urusan sosial,bisnes dan peribadi maka selagi itulah blogger perlu memanfaatkan kemudahan yang ada.

Selain penjenaaman blog seseorang blogger Malaysia akan mengeratkan silaturrahim melalui media sosial.

Saya nak tahu juga pandangan rakan-rakan blogger tentang media sosial dalam kehidupan mereka.Jadi sudi-sudilah berkongsi dalam ruangan komen dibawah.

Jom share untuk manfaat bersama dan jangan malu-malu subscribe channel Youtube saya di ….KLIK  

WAJIB BACA :   Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri

Comments 26

Leave a Reply to cik tom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge