Menu sarapan pagi simple dan latihan kecergasan

Menu sarapan pagi simple adalah kebiasaan saya setiap pagi dan sedikit latihan kecergasan. Semua ini dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan ketika usia semakin tua.

Saya punyai pola pemakanan yang biasa sahaja. Tidak sedap dan mungkin menjemukan kepada kebanyakan orang. Ia bukan satu masalah. Sebab kadang-kadang saya juga menukar selera untuk menu sekali sekala.

Mee kolok tendon..harga dalam RM8

Menu sarapan pagi simple

Menu sarapan pagi simple saya mudah untuk disediakan. Saya sudah amalkan sejak setahun yang lalu.

Ada telur separuh masak dan oat segera.

ada oat, telur separuh masak dan brokoli rebus…boleh tahan sedap

Saya guna telur dua biji dan sekarang tiga biji. Biasa letak kicap pedas sebagai penambah rasa tetapi sekarang bubuh serbuk lada putih pun jadilah

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Oat, dulunya saya ambil dua senduk dan sekarang jadi tiga senduk. Semasa mula-mula makan oat saya letak bersama susu, madu dan kismis. Kos menjadi tinggi la pulak.

Sekarang saya guna oat yang dicampur dengan serbuk cokelat malt. Ada la sedap sedikit. hehehe

Pernah juga menu sarapan pagi dengan makan pisang setandan, betik dan tembikai sekaligus serta buahan import. Kenyangnya tak boleh bincang. Poket pula cepat kempis sama seperti perut juga.

Latihan kecergasan

Saya memang gemar jogging sejak dari zaman muda lagi. Alhamdulillah sekarang sudah mula berjinak semula. Selain berjogging saya sudah aktif push up, plank dan pelbagai latihan kecergasan yang lain.

Malahan aktiviti berjalan kaki masih berjalan seperti dilakukan seperti biasa. Hasilnya saya tidak gemuk sebagaimana lelaki yang seusia saya.

WAJIB BACA :   Kisah Sebak Seorang Penagih Najis Dadah

Jangan pulak bandingkan saya dengan lelaki umur 20-an. Jauh sangat dah tu.

Pesan saya jagalah kesihatan dan pemakanan sejak umur muda lagi agar pada usia seperti saya ini kekal sihat, cergas dan bertenaga. Kalau boleh awet muda dan awet sihat.

Bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja walaupun umur sudah menghampiri separuh abad.

Agak-agak ada tak perempuan muda masih suka dengan saya yang sudah berusia tetapi tampak masih muda.

Persoalan cepu emas untuk mereka yang berkenaan.

Itu sahaja.

Moga ada manfaatnya.

Comments 14

Leave a Reply to anies Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge