Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018

Motivasi Irfan Khairi bagaikan azimat keramat untuk mereka yang berkecimpung dalam perniagaaan internet.Kejayaan Irfan Khairi begitu manis kerana menjadi jutawan dalam usia yang sangat muda.

Pada masa itu belum ramai lagi rakyat negara ini yang sudah bergelar jutawan melalui medium internet.Tidak hairan kemunculan Irfan Khairi telah membuka minda ramai orang termasuk admin sendiri.

Admin pernah berangan untuk menjadi seperti Irfan Khairi.Tanpa dipaksa sesiapa, admin menjadi followernya melalui email sejak sekian lama.

Awal tahun 2018 Irfan Khairi mengirim pesanan motivasi kepada followernya.

Sebagai cara untuk menyakinkan pembaca, admin tidak mengubah perkataan agar mesej yang ingin disampaikan oleh beliau tidak lari dari maksud asal.

WAJIB BACA :   Hadiah menarik menanti anda semua

Motivasi Irfan Khairi

Sering kali saya kongsikan berita baik.  

Namun, kali ini, saya kongsikan berita buruk tahun 2018. Ramai antara kita tidak akan capai azam 2018. Ramai antara kita, tidak berusaha pun kearah azam tahun baru lebih-lebih lagi di peringkat awal kini dua minggu berlalu tahun baru 2018.

Dan berita buruknya juga, sekiranya pada awal tahun 2018, anda tidak melakukan apa-apa ke arah matlamat anda, maka matlamat itu tidak akan tercapai lagi tahun 2018 ini.

Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Antara tabiat yang sering melanda kita adalah tabiat tidak akan lakukan dan istiqamah selagi tiada sesiapa yang mendorong, membantu, menolak, dan memotivasikan untuk melakukan perubahan. Ini yang dikenali sebagai “push factor” atau FAKTOR TOLAKAN.

WAJIB BACA :   Iklan Percuma Guna Landing Page

Kejayaan saya ke peringkat antarabangsa dalam bidang perniagaan walaupun bermula dengan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, pastinya mempunyai dorongan dan motivasiuntuk menolak diri saya ke arah ini.

ANDA juga memerlukannya. Awal tahun 2018 adalah masa yang paling kritikal untuk anda mencapai matlamat 2018 anda.

Saya akui, untuk mengubahkan tabiat ianya adalah susah. Tambahan lagi sekiranya tiada faktor tolakan untuk anda lakukannya.

Sekiranya matlamat tahun 2018 anda adalah untuk menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan di Internet, di sini lah saya dapat membantu anda sebagai “faktor penolak” untuk anda MESTI JUGA memulakan atau mengembangkan perniagaan pada tahun 2018 ini.

Kesimpulan

Apa apa motivasi sekalipun tidak akan terkesan dalam hati jika kita sekadar membaca.

WAJIB BACA :   Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik

Adminpun akui  begitu.

Namun ada mesej terbaik yang boleh kita pelajari dari Irfan Khairi.

” PUSH FACTOR atau FAKTOR TOLAKAN”

Mesej ini mengajak admin untuk bekerja lebih keras dan bertindak lebih pintar berbanding sebelum ini.Ada  faktor yang menolak admin untuk mengubah keadaan hidup masa sekarang ini.Objektif admin untuk mendapat rumah yang baru 

Belum terlambat dan jangan rasa terlambat untuk bermula.

Jika belum ayuh bermula sekarang dengan motivasi Irfan Khairi   

Comments 22

Leave a Reply to Auni Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge