9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 2)

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 2)

Tengah sedap-sedap saya tidur, pandai terjaga pulak tengah malam. Saya lihat jam baru pukul 12.33 pagi. Sedangkan saya masuk tidur jam 11 malam. Ini tidak boleh jadi. Mata cuba dilelapkan. Tidak juga dapat lena. Tanpa sedar perut pula rasa kelaparan. Mahu atau tidak makan sahaja apa yang ada. Akhirnya perut kenyang. Mata pula semakin segar. … Read more

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 1)

9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 1)

Tiba-tiba fikiran saya kosong. Terbang melayang. Hati sarat dengan rindu yang tak tertahan. Jiwa bergelora mengenang rasa cinta. Ya rasa cinta dan impian untuk berjaya. Bukan alang-alang jika nak berimpian, Terbitnya rasa teruja dengan impian peribadi 2021. Lantas teringat pesan tuan Sifu Zuhari Nopiah. Beliau pesan agar war-warkan impian kita di Facebook atau Instagram ataupun … Read more

Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Saya teringat kisah awal tahun lepas. Pada masa itu pandemik Covid-19 belum lagi berleluasa di dunia apatah lagi di Malaysia. Kebetulan saya menjadi tetamu jemputan dalam majlis perkahwinan orang ternama. Majlis bermula selepas Isyak. Ketika waktu Maghrib, para tetamu berkesempatan untuk menunaikan solat di satu bilik yang sangat istimewa dalam rumah tersebut. Ada seorang sahabat … Read more

Sembang kahwin bersama mak tersayang

Sembang kahwin bersama mak tersayang

Menelefon emak di kampung adalah rutin buat saya. Seminggu ada beberapa kali. Pernah juga setiap hari. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini emak saya suka sangat cerita pasal orang kahwin dengan saya tiap kali saya bersembang dengannya. Ada kisah jiran kahwinlah. Kisah sanak saudara dan kisah orang kampung pun tidak terkecuali terutama tentang kenduri-kendara. Isunya emak … Read more

Dua impian tak kesampaian pada hari pertama 2021

Dua impian tak kesampaian pada hari pertama 2021

Hari pertama tahun baharu ramai bercuti. Premis perniagaan juga banyak yang tidak beroperasi. Saya macam biasa. Soal kerja tetap diteruskan. Cuma sebelah pagi saya ‘off duty’. Jadi kesempatan tersebut saya menjalan operasi memburu impian. Impian pertama untuk beli buku. Cari buku motivasi. Boleh juga nak ‘kasi up’ motivasi dan inspirasi pada awal tahun begini. Sayang … Read more

Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

Feri Triso buka cerita sedih tahun 2021

Feri Triso bukan asing bagi penduduk Sarawak. Ia adalah alternatif untuk laluan jalan pesisiran berbanding jalan Pan Borneo yang kini masih belum siap sepenuhnya. Berita kereta pacuan empat roda yang terjunam di feri Triso amat menyayat hati. Sembilan mangsa terkorban akibat kereta pacuan empat roda terjunam di sungai berdekatan feri tersebut pada 1 Januari 2021. … Read more

Entri Popular

Komen Terkini