Pengalaman berpuasa hari pertama semasa Covid-19

Pengalaman berpuasa pada musim Covid-19 tidak banyak berbeza.Hari ini sudah masuk hari kedua puasa.Tidak terasa masa berlalu begitu pantas.

Yang berbeza cuma suasana.Dulu berpuasa dalam suasana riang gembira.Kini berpuasa dalam keadaan tenang dan sunyi.

Tenang kerana keadaan PKP masih berkuatkuasa.

Sunyi kerana masih ramai yang duduk rumah.Tindakan ini amat dituntut dan disarankan untuk kita semua.

Berpuasa dengan hanya duduk di rumah pasti memberi ujian berat kepada ramai orang.Lebih-lebih lagi rumah yang ramai penghuni atau keadaan sempit dan sesak.

Berpuasa dalam keadaan tidak ada aktiviti lain memang perit dan mencabar.

Alhamdulillah, saya bersyukur.

Saya tidak mengalami situasi seperti di atas .Kebetulan pula saya bekerja dalam perkhidmatan perlu maka bertugas seperti biasa.

Untuk bidang lain pula, tiada sesiapa yang dibenarkan keluar semasa PKP ini.

Jika hendak keluar sekalipun kerana ada keperluan mendesak dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan lagi.

WAJIB BACA :   Jurulatih eUsahawan Sarawak Edisi Kenyalang 2017

Baiklah.

Daripada menceritakan hal orang lain, elok saya kongsikan pengalaman sendiri berpuasa hari pertama  di  semasa Covid-19 ini.

Cuaca hari pertama Ramadan begitu baik.Ada hujan sesekali.Ada juga panas.Rasa panas yang tidak sangat terasa.

Selepas menyiapkan kerja-kerja blogging, saya mengambil keputusan untuk supermarket berdekatan.

Biasalah barang makanan sudah kehabisan stok.Senarai barang-barang sudah disiapkan.Yang paling penting wang untuk membeli keperluan barangan tersebut.

Sampai sahaja ke supermarket, saya berbaris menunggu giliran.Agak lama juga menunggu.Sekarang musim Covid-19.Orang ramai disarankan berada satu meter antara satu sama lain.Sebab itu barisan jadi panjang.

Suhu badan juga diambil.Selain itu segala troli disembur dengan bahan nyahkuman.Inilah kelaziman baharu musim Covid-19.Semuanya dalam keadaan bersih.

Saya sempat bertanya kepada staf yang mengambil suhu badan saya.Didapati suhu saya ketika itu 36.2 darjah Celsius.Risau juga kerana suhu badan badan ini sentiasa panas dan hangat.

WAJIB BACA :   Magic Sim Terpantas Habiskan Data

Masuk sahaja ke supermarket, saya bergegas ambil barang disenaraikan saya sendiri.Tak akan isteri pula.Saya masih single hahaha.

Selesai sahaja panic shopping, saya dapati bajet lari dan barang yang dibeli terkeluar dari senarai.

Untuk pengetahuan saya sudah rutinkan aktiviti merekod semua pengaliran keluar masuk wang.Jadi saya dapat tahu dari mana ketirisan dalam perbelanjaan seharian.

Bukan setakat tiris, lopong pun ada.Tidak kira masa bulan puasa atau tidak, makan tetap diteruskan.Sebab itu pengaliran keluar wang memang terarah untuk makanan.

Kita tinggalkan itu dulu…

Jam masih awal.Sekitar pukul 11.am.Saya masuk ofis awal.Setidak-tidaknya menikmati kedinginan penghawa dingin.

Pada hari pertama puasa ini, masa dirasakan begitu panjang.Saya tak dapat bayangkan bagaimana umat Islam seluruh dunia berpuasa dalam keadaan PKP.

Siapa yang mempunyai emosi yang mantap dan stabll akan lebih tenang dan bersahaja.

WAJIB BACA :   Pengalaman gunting rambut semasa PKPP

Saya buat kerja hakiki seperti biasa.Walaupun hari tersebut Jumaat, suasana penghulu hari sudah hilang serinya lagi.

Bayangkan sahaja enam minggu tiada solat Jumaat.Perasaan rindu sudah mengebu-gebu untuk kembali solat Jumaat seperti seperti dulu.

Tanpa sedar puasa hari pertama saya tidak diuji dengan kelaparan dan kehausan.Perut kekal rasa kenyang dari pagi sehingga petang.Rezeki buat saya pada hari tersebut.

Apabila tiba waktu berbuka terjentik rasa sayu dalam hati .Dulunya saya berbuka puasa di masjid beramai-ramai.Kini berbuka puasa seorang sendiri.

Nikmat gembira seorang tidak sama berbanding dalam keadaan gembira beramai-ramai.

Ok la.Itu sahaja.

Saya akhiri pengalaman berpuasa hari pertama di musim Covid-19 di sini.Puasa ada 29 hari lagi.PKP masih berlanjutan sehingga 12 Mei.

Semasa bulan puasa ini ambiklah ibrah agar kita terus bersabar dan bertenang selalu.Puasa pelajaran utamanya bersabar.

Selamat berpuasa.

2 Ramadan 1441H

Comments 6

Leave a Reply to Mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge