Petros Mercu Kejayaan Masa Depan Sarawak

Petros atau Petroleum Sarawak Berhad adalah entiti yang diberi lesen oleh kerajaan Sarawak untuk beroperasi dan mengusahakan hasil minyak dan gas.

Petros menjadi perintis untuk Sarawak menikmati hasil bumi sendiri.

Sebelum ini terambil tidak sengnaja sejak sekian lama sehingga kekayaan tidak diekploitasi sepenuhnya oleh pihak tertentu.

Ada yang suara sinis menyatakan Sarawak negeri yang kaya tetapi rakyat kekal miskin.

Timbul persoalan,

Di mana silapnya ?

Kini persoalan tersebut hampir terjawab apabila Ketua Menteri (kini Premier Sarawak) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  telah melancarkan secara rasmi Petros pada 6 Mac 2018.

Mr Saau Kakok, CEO  Petros yang baru dilantik pula ialah seorang anak Sarawak keturunan Bidayuh.

WAJIB BACA :   Cara Betul Menggunakan Produk Delourva

Beliau dilihat orang yang paling layak kerana berpengalaman 40 tahun dalam bidang pengurusan minyak dan gas pada peringkat antarabangsa.

Sarawak akan menguruskan sendiri sumber semula jadi terutamanya minyak dan gas melalui Petros.Hasilnya nanti untuk rakyat Sarawak lebih lebih lagi

Ketua Menteri sekarang ini sangat komited untuk memajukan Sarawak melalui Ekonomi Digital.

Petros

Melaluinya juga kos sara hidup boleh diatasi dengan memberi peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

Potensi perniagaan terbuka luas dan seterus memberi kemakmuran yang berterusan kepada rakyat Sarawak.

Secara tidak langsung isu rumah mahal,kos makananan mahal dan perkhidmatan pengangkutan yang lembab setakat ini diatasi peringkat demi peringkat.

Kekayaan negeri akan terjana secara efektif melalui pendapatan hasil minyak, gas dan sumber galian lain.

WAJIB BACA :   Makanan penguat tenaga batin lelaki [ Edisi kemas kini ]

Penguasaan sumber asli bumi sendiri dan penerokaan potensi digital bakal memberi platform realistik untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Impak terkait daripada kejayaan  ini akan membawa kepada pembangunan yang tuntas untuk mentadbir negeri yang terbesar di Malaysia.

Rakyat Sarawak wajar berbangga dengan penubuhan Petros.Selain itu mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu,kemahiran dan pengetahuan sejajar dengan pengenalan Ekonomi Digital yang rancak dibangunkan di negeri ini.

Dalam masa yang sama rakyat Sarawak wajib mengekalkan budaya hidup harmoni biarpun berlainan bangsa,bahasa,agama dan keturunan.

Sekali lagi rakyat Sarawak sangat beruntung kerana kaya dengan hasil bumi.Malah sangat bertoleransi dalam mencapai impian untuk hidup maju dalam negara Malaysia tercinta.

WAJIB BACA :   ADAM50 Hadiah Terbaik Untuk Bayi Malaysia

Info rasmi  >>>Petros 

**Artikel ini hasil sumbangan Mohd Hanafi. Beliau merupakan anak jati Sarawak yang telah berkecimpung dalam penulisan dunia digital dan media sosial sejak 2009 lagi.**

  • Kemas kini 23623

Comments 18

Leave a Reply to zulkifli mohamad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge