Promosi Takaful Di SK Dato Traoh Samarahan

Baru-baru ini ada Promosi Takaful Di SK Dato Traoh Samarahan.Mrhanafi bersama team Agensi Nur Ikhwan berkesempatan untuk berkampung selama dua hari di sekolah tersebut.Pelbagai kisah dan perkara menarik terakam semasa promosi takaful tempoh hari.In shaa Allah akan mrhanafi kongsikan dalam artikel pada kali ini.

Promosi takaful

Pada hari pertama, kami berada di sana sudah terasa auranya.Murid-murid sekolah rendah menyerbu kaunter kami.Mereka meminta risalah yang kami sediakan.Bukan itu sahaja.Ada yang bertanya soalan yang bagus dan sesuai dengan tahap umur mereka.

Dalam masa beberapa jam sahaja,risalah dan pamplet yang kami bawa habis licin.Semasa menyerahkan kepada murid-murid tersebut kami sempat memberitahu supaya serahkan kepada ibubapa masing-masing dan pesan untuk ibubapa mereka supaya baca risalah dan hubungi nombor yang tertera untuk makluman lanjut.

WAJIB BACA :   Perbezaan Takaful Dan Insurans Konvensional

Takaful Samarahan (2)

Sungguhpun pendekatan begini belum tentu berkesan namun itulah tujuan kami membuat promosi supaya penduduk Samarahan tahu kewujudan Agensi Nur Ikhwan ada menyediakan khidmat takaful keluarga dan takaful am.

Masuk hari kedua aktiviti promosi kami berjalan lancar.Sambutan dari para murid lebih menyeluruh.Bayangkan kaunter kami sekali lagi diserbu oleh murid-murid pra sekolah.Mereka sangat teruja untuk mengetahui promosi yang kami dijalankan.

Promosi Takaful (3)

Ternyata golongan sasar yang kami cari kurang menjadi.Ibubapa yang dijangka mengambil wang bantuan persekolahan pada hari kedua kami membuat kaunter ditunda pada hari lain.Terlepas peluang keemasan dan kami redha bahawa bukan rezeki kami pada kali ini.

Team Perunding Takaful dari Agensi Nur Ikhwan terpaksa akur untuk tidak  ‘sergah’ guru-guru yang berada dalam bilik guru.Malah kami diingatkan untuk tidak mengganggu guru-guru yang tengah mengajar dalam kelas.Itulah “Do and Don’t “ yang telah dipersetujui dalam surat permohonan ke pihak pengurusan sekolah.

WAJIB BACA :   Promosi Takaful Melalui Kaunter Bergerak

Takaful Samarahan

Berpegang kepada prinsip profesionalisme maka kami sebagai perunding takaful bekerja secara berhemah dan beretika.Kami hanya membuat promosi dan menarik minat serta membuka pemikiran para prospek supaya ada kesedaran betapa pentingnya takaful dalam berhadapan risiko maut,kemalangan dan sakit.

promosi takaful (2)

Jika tiada apa-apa berlaku sepanjang tempoh polisi  sehingga tarikh matang maka itulah yang sebaik-baiknya.Duit caruman peserta takaful boleh digunakan untuk pesaraaan,pelaburan,melancong dan sebagai.Ingatlah duit itu adalah duit anda dan kami sebagai sebagai Perunding Takaful cumalah orang tengah antara pencarum dengan pengendali institusi takaful.

[nota mrhanafi]

Kami team Agensi Nur Ikhwan sangat menghargai bantuan dan keprihatinan pihak sekolah SK Dato Traoh yang sudi membenarkan kami membuat kaunter promosi takaful.

WAJIB BACA :   Tinjauan Hibah Takaful Kurang Sambutan

Untuk itu jutaan terima kasih diucapkan dan kepada para ibubapa yang menerima risalah dan pamplet kami bolehlah menghubungi sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful.

Kami sedia mendengar dan kami sedia membantu anda.Jangan tunggu sampai esok jika hari ini adalah kesempatan terbaik buat kita semua.

Takaful Traoh

Senarai Perunding Takaful yang boleh dihubungi segera 

Nur Shamila Ahad = www.wasap.my/60145587428

Suzana Hj Suut = www.wasap.my/60168083414

Suraya Jobli = www.wasap.my/60128848194

Comments 14

Leave a Reply to dedauncomel.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge