Tiga cara ampuh untuk capai matlamat

cara ampuh

Sekali lagi saya tertarik dan teruja dengan tip dari Youtuber Theyaman. Tentunya mengenai tiga cara ampuh untuk capai matlamat

Seringkali kita dimomokkan bahawa matlamat akan tercapai jika ada perancangan, tindakan dan usaha berterusan.

Adakah cukup untuk mencapai matlamat tersebut.

Sudah tentu tidak kerana apa-apapun matlamat baik yang besar atau kecil mesti melalui konsep D.U.I.T seperti termaktub dalam agama Islam.

D.U.I.T merujukan kepada doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Berbalik kita kepada topik cara capai matlamat yang dikatakan terbukti secara saintifik.

Jom kite telaah dan amati bersama.

Cara ampuh

1.Tulis matlamat setiap hari

Matlamat ini hendaklah ditulis atas kertas atau buku khas ataupun taip dalam komputer.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Tulis matlamat yang hendak dicapai setiap hari.

Tujuannya supaya kita fokus, sedar dan bersemangat untuk capai matlamat tersebut.

Proses ini dinamakan tindakan bawah sedar agar matlamat tersebut dapat sentiasa diingati dan diawasi fikiran

2.Ada tempoh masa yang realistik

Letakkan sasaran dalam tempoh tertentu atau ada tarikh akhir.

Dengan ada tarikh akhir matlamat tadi perlu dicapai walau apa keadaan sekali pun.

Psikologi dan fikiran kita akan cari cara dan kaedah agar tidak lewat daripada tarikh akhir yang telah ditetapkan.

3.Jadikan proses capai matlamat sebagai tabiat

Sejujurnya bukan mudah untuk membentuk tabiat atau rutin agar berakar umbi dalam diri kita.

Pilih tabiat yang mudah tetapi memberi impak yang kuat dan berkesan.

WAJIB BACA :   Tetamu Asing Di Pinggiran Kota

Sebagai menjelaskan maksud tersebut, saya ambil contoh yang mudah faham.

Jika mahu tabiat tidur 7 jam sehari, pastikan masuk tidur jam 10 malam dan wajib bangun jam 5 pagi setiap hari.

Jalani setiap hari walaupun susah atau sukar macam mana sekali pun.

Apabila sudah terbentuk tabiat maka cipta lagi tabiat hebat yang lain pula dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Mencapai matlamat perlu gabungan banyak faktor dan tiga cara di atas antara yang mudah untuk diikuti.

Lebih baik praktik perkara yang sedikit.

Bak kata orang bijak pandai, praktik apa yang diketahui lebih bagus daripada tahu tapi tak buat apa-apa.

Sekadar tahu dan pengetahuan sahaja tidak membawa kita ke mana-mana.

WAJIB BACA :   Makanan yang membahagiakan ( siri 1)

Moga ada manfaat dan apa komen anda semua.

24 thoughts on “Tiga cara ampuh untuk capai matlamat”

  1. mana2 pakar motivasi, org mereka yg dah berjaya pun ckp benda sama. tulis matlamat setiap hari dan pastikan matlamat tu boleh dicapai dan realistik. bkn sekadar tulis tp lps tu x buat. kalau dr fadzilah kamsah dia akan sarankan buat sesuatu perkara tu 40 hari berturut2 utk kita biasakan dgn keadaan teesebut

    Reply
    • hanya orang yang mahu berjaya sanggup buat..

      yang lain-lain belum tentu mahu buat dan kesanya tidak berjaya

      sebelum capai 40 hari mulakan dengan 3 hari, 7 hari dan 21 hari

      Reply
  2. agree. saya selalu buat. target2 atau impian yg saya nak capai, saya tulis di kertas, saya tempel di kaca atau segala tempat yg saya selalu lihat. dengan begitu keinginan utk achieve target tersebut akan tetep kuat.

    ofkors lah saya buat juga time range nya, usaha yg akan saya lakukan etc. so far banyak yg achieve.

    intinya segala sesuatu akan tercapai kalo memang kita ada niat, usaha dan disiplin untuk mencapai itu semua

    Reply

Leave a Reply to Ezna Cancel reply

CommentLuv badge