Ada 10 perkara pembakar semangat yang boleh kita buat. Dah ramai yang buat.
Orang yang buat selalunya telah berjaya. Sebab itu telah dipesan banyak kali. Orang yang buat dan komited akan berjaya juga. Tak buat atau buat sambil lewa akan tertinggal.
Lebih mendukacitakan apabila berada di takuk lama.
Ambil kertas dan mulakan sekarang untuk tulis 10 perkara pembakar semangat. Selepas itu baca selalu.
Pembakar semangat
-
Duit sentiasa ada
-
Selalu sihat walfiat
-
Bahagia sepanjang masa
-
Hati tenang selalu
-
Solat dengan khusyuk
-
Penulisan bermanfaat tular
-
Kerja hakiki dipermudahkan
-
Tidur lena sentiasa
-
Sentiasa kuat berusaha
-
Selalu berfikir positif
Jadikan doa. Lekat di tempat yang mudah dilihat. Mudah dicapai atau di mana sahaja janji senang diingati oleh minda bawah sedar.
Lakukan secara rutin selama 21 hari supaya boleh membentuk tabiat. Biar minda bawah sedar yang bekerja.
Jangan risau. Mrhanafi akan buat juga sebaik sahaja artikel ini habis ditulis.
Kita sama-sama buat supaya menjadi tugasan rasmi dalam Cabaran Segmen Ketiga Sukses 21 Hari.
Yang peliknya mrhanafi serius nak buat pada hari keempat pula.
Mrhanafi nak tulis perkara yang betul-betul diingini. Jika tak buat akan menyesal seumur-umur. Jika berjaya dibuat akan memberi impak maksima dalam kehidupan kita.
Kesan yang hebat itu boleh menguatkan insprasi ramai lagi insan nak berjaya.
Sebagaimana yang mrhanafi katakan awal entri ini tadi, siapa yang nak berjaya mesti buat.
Mrhanafi nak sangat berjaya. Pesanan ini bukan untuk orang lain pun. Ia untuk diri sendiri.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jika serius nak berjaya membina pendapatan alternatif amat digalakkan untuk mengkaji dalam pautan >>>SAYA NAK PENDAPATAN ALTERNATIF
Perkongsian yang menarik
Afif Rayyan recently posted…Biodata dan Gambar Niena Baharun
terima kasih bro..
Saya pernah buat macam ni pada tahun 2012 semasa mengikuti seminar Usahawan Internet yang disampaikan oleh Irfan Khairi… Tapi masa tu jer saya fokus, lepas tu bila dah sibuk dengan kerja dah tak boleh nak fokus dah… huhuhu
Anuar recently posted…Perkampungan Robot PSIS telah Membuahkan Hasil.. TAHNIAH Pasukan Robot PSIS di atas kejayaan dalam 9th FIRA MALAYSIA CUP 2016!
sebab tu perlu bentuk satu tabiat supaya tidak tersasar