3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog

Tarik trafik ke blog adalah cabaran utama kepada saya. Dulu-dulu trafik blog saya ciput. Sekarang pun masih ciput. Sekondeng sana dan godek sini untuk mencari punca. Akhirnya menemui 3 mitos ini.

Mitos ini hanya sah untuk blog saya. Blog orang lain saya tidak tahu kerana Google Analytics, Jetpack dan Cpanel merupakan privasi kepada mana-mana blogger.

Hanya mereka sahaja yang tahu dan terpulang kepada mereka untuk bersikap terbuka atau dasar tutup pintu.

Awal-awal saya mengaku. Bukan mengaku kalah tetapi nak bagitau. Saya nak tulis ringkas dalam artikel ini.

Beberapa hari yang lepas saya telah menghasilkan penulisan panjang lebar dalam konten Pengenalan Bacaan Istighfar Yang Sempurna.

Siapa yang dah baca?

Tentu tahu.

Siapa yang belum baca?

Boleh bacalah selepas ini.

Adakah ini mitos tarik trafik ke blog ?

trafik blog

Mitos 1:Setiap hari update blog boleh menaikkan trafik blog.

Saya menulis dan update blog ini hampir setiap hari. Diperhatikan trafik blog macam kaku. Sebab itu menjadi mitos. Dulu sama. Sekarang pun sama.

WAJIB BACA :   Pendapatan Youtuber Malaysia lumayan berbanding Blogger

Trafik tetap rendah biarpun artikel blog sentiasa bertambah.

Proses tarik trafik ke blog jadi misteri Nusantara.

Mitos 2: Banyak blogwalking dapat tinggi trafik.

Buatlah blogwalking kepada 100 blog sehari. Peratusan untuk balas balik blogwakling sekitar 10-20 peratus. Jadi dapatlah 10-20 orang pelawat.

Kadar referal dari blog pun boleh dikirakan hanya dari beberapa blog utama di Malaysia.

Senang cerita masih mitos lagi bab nie.

Mitos 3 : Share Konten Di Group Facebook dapat trafik meroket

Realitinya adalah dalam satu atau dua sahaja LIKE.Selain itu referal dari media sosial memang dalam 10 dan kebawah.Dahlah belum dapat viral.Orang nak jenguk dalam blog pun belum tentu.

Blog saya la tu. Blog orang lain tak la.

Mungkin ini puncanya?

Tarik Trafik Ke Blog

1.Pemilihan topik kurang menarik

Salah siapa kalau bukan diri sendiri. Orang nak klik pun tak nak. Apatah lagi nak baca. Pembaca nak sesuatu yang menarik dan menimbulkan deria ingin tahu yang tinggi.

WAJIB BACA :   Cara lajukan blog sepantas kilat

Ini tak,tulis blog sesuka hati. Siapa yang susah kalau bukan diri sendiri.

Saya akui itulah kesilapan  saya.Orang akan kata.Tulah tak nak belajar sungguh-sungguh.

2.Bahasa penulisan lintang pukang

Orang baca pening kepala. Isi konten berterabur sana sini.

Mesej yang nak disampaikan tak jelas dan tak cukup. Jadi pembaca rasa tidak berbaloi. Trafik tak naik. Darah pula yang jadi naik.

Akhirnya jadilah blogger mrhanafi menulis syok sendiri.Khayal dalam fatamorgana.Kasihankannya.

3.Sentuhan SEO belum menjadi

Saya akui sendiri blog ini hanyak memiliki satu sahaja konten  yang berada di halaman utama Google.Konten ini  menjadi carian utama organik berkaitan info yang bukan berbentuk komersial.

Artikel yang lain berada di kedudukan tercorot.Pemilihan kata kunci pula kurang menjadi biarpun kajian telah dibuat melalui Google Word Planner,KW Finder dan sigraph.com.

Nasib kau la Labu Labi.

Ini tindakan yang sepatutnya

Post mortem ini tidak lengkap. Masih tidak khusus dan tidak menyuruh.

Namun sebagai tindakan permulaan saya harus follow dekat-dekat 2 blog ini.

Blog yang dinyatakan ini mempunyai kadar trafik yang tinggi dan ada krebiliti yang terbaik.

WAJIB BACA :   Lelaki Kiriman Tuhan sebagai tagline blog

Boleh juga dikatakan model kepada tarik trafik ke blog.

1.Blog Wanyusof.com

Satu blog yang sangat ilmiah penulisannya namun santai dan bersahaja untuk dibaca.Pembaca akan dihidangkan dengan ilmu SEO di platform WordPress.

Bukan itu sahaja kepakaran tuan Wan Yusof turut terserlah dengan penulisan konten yang berautoriti dan berpengaruh.

Saya perlu membaca konten blog tersebut sebanyak yang boleh dan hadam satu persatu ieda yang disampaikan.

2.Blog Hasrulhassan.com

Saya kagum dengan blog yang ditulis oleh pakar blogspot Malaysia. Memang diakui artikelnya mengundang trafik yang mencanak setiap hari.

Topik yang ditulis ada pelbagai.Ia memang menepati sasaran pembaca dari golongan ibu muda,anak gadis remaja.

Tidak terkecuali dari golongan bapa serta anak bujang teruna.

Penutup

Rupa-rupanya bukan senang nak tarik trafik ke blog.Banyak perkara untuk dipelajari dan diamalkan.

Ilmu buat dan ilmu tindakan .Dah buat dan dah bertindak barulah nampak hasilnya.

Belum tentu hasil yang terbaik tetapi jika dibuat selalu in shaa Allah menghasilkan kemahiran yang luarbiasa.Ketika itu dinamakan seni menulis yang boleh meledakan trafik blog.

Sekian salam sayang dari mrhanafi.

Comments 20

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge