Saya baru-baru ini bertanya kepada ChatGPT mengenai isu yang paling banyak dihadapi oleh masyarakat hari ini. Jawapannya? Kesihatan mental.
Ya, kesihatan mental sering kali berkait rapat dengan mood dan emosi kita.
Saya sendiri pun kadang-kadang sukar untuk kawal emosi untuk sentiasa baik dan mood baik setiap hari.
Dalam usaha untuk memahami lebih lanjut, saya terjumpa sebuah video menarik di TikTok yang membincangkan cara-cara untuk kawal emosi waktu pagi.
Kawal emosi waktu pagi
Menurut video tersebut, terdapat empat cara yang boleh kita amalkan:
1.Elakkan Media Sosial di Pagi Hari
Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan berita dan gambar di media sosial sebaik sahaja bangun. Ambil masa untuk diri sendiri sebelum terhubung dengan dunia luar.
2.Cari Aktiviti Menyeronokkan
Mulakan hari anda dengan melakukan sesuatu yang anda suka. Sama ada membaca, berkebun, atau bersenam, aktiviti ini boleh membantu meningkatkan mood anda.
3.Dengar Ceramah Motivasi
Biarkan diri anda dipenuhi dengan kata-kata semangat. Ceramah motivasi dapat memberi inspirasi dan membantu anda memulakan hari dengan positif.
4.Elakkan Kemarahan
Usah biarkan emosi negatif menguasai diri. Praktikkan teknik pernafasan atau meditasi untuk menenangkan fikiran dan hati.
Kesimpulan
Dengan mengamalkan cara-cara ini, kita boleh memulakan hari dengan lebih tenang dan positif.
Mari kita ambil langkah kecil ini untuk kesihatan mental yang lebih baik!
Penjelasan lanjut boleh tonton TikTok tersebut.
@warhar12 Sempena hari kesihatan mental 2024 “Mengawal emosi pada waktu pagi adalah kunci untuk kekal positif, gembira dan produktif sepanjang hari.” #kesedarankesihatanmental #mentalhealth #mentalhealthawareness #harikesihatanmentalsedunia #fyp #bicarakelas #lecturerlife
Tutup media sosial dan baca surat khabar. Lagi tenang rasanya.
mungkin juga tidak kerana ramai yang tidak suka bergerak ke belakang
Nombor 3 tu… cari motivasi yang tak boring
ya…itu sudah semestinya
ternyata cukup mudah juga ya agar bisa kawal emosi di pagi hari, jangan main sosmed dan cari kegiatan yang positif.
memang mudah mas kecuali susah nak ubah tabiat tersebut
Masa dalam perjalanan ke tempat kerja, niatkan dalam hati, nak buat yang terbaik dari semalam.
Alhamdulillah…itu yang terbaik tuan
Wah sepertinya benar itu Mas yang no. 1. Hindari membuka media sosial pagi hari. Soalnya kalau sudah buka sosmed, jadi keasyikan akhirnya lupa waktu.
Kalau saya setiap pagi, membiasakan diri untuk bersiap dengan pakaian olah raga, menyiapkan air dalam tumble, kemudian keluar rumah untuk jalan kaki pagi minimal 30 menit.
Salam,
wah terbaiklah mas kalau begitu..
olah raga dengan berjalan kaki satu saranan yang sabgat bagus
sy kalau baru bgn tido then ada yg tetiba ajak bersembang mmg hangin laa dibuatnya. sejenis yg celik2 mata x leh dgr bunyi bising kec bunyi tu mmg dah sedia ada…
mmg betul. benda yg menyesakkan fikiran sy kalau boleh elak, sy elak. sy x nk benda tu buat sy fikir 24 jam dan akhirnya sy jd murung…
Maksudnya awal pagi Anies tidak boleh diganggu dan sesuai dengan konsep me time sahaja
eh betul lah. mood pagi hari itu penentu apakah sepanjang hari akan produktif atau tidak. biasanya kalo pagi hari saja sudah marah2, sepanjang hari jadi tak kena.
kalo saya, dari pagi hari itu pastikan tidur dah cukup. kalo tidur cukup saat bangun biasanya happy.
Jika tidak sibuk…memang mudah untuk cukup tidur
betul kata Fanny…tidur yang cukup kunci untuk happy