Berikut ialah empat tahap kewangan yang biasa kita temui dalam kehidupan sekeliling kita pada masa dulu, masa kini dan akan datang. Mungkin pada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.
Saya harap kalian semua termasuk saya akan berada pada tahap yang nombor empat.
1.Pokai tahap gaban
Dalam Bahasa Inggeris ialah ‘financial broke’. Golongan ini memang hidup dalam perjuangan siang dan malam untuk mendapat rezeki. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Cari sana dan sini namun tidak mencukupi kerana komitmen terlalu tinggi. Dalam sama yang sama sumber pendapatan sangat terhad atau kosong.
Naubulillah min zalik. Mohon dijauhkan.
2.Cukup-cukup makan
Golongan ‘financial secure’ atau cukup-cukup makan Golongan ini lebih baik sedikit berbanding golongan pertama tadi. Mereka ada pendapatan yang mencukupi untuk bayar komitmen, makanan dan pengangkutan.
Hari ini terima gaji dan esok sudah licin dalam bank. Yang tinggal duit untuk makan minum dan sebagainya. Konsepnya habis bulan habis gaji.
3.Ada lebihan setiap bulan
Memang seronok jika ada pendapatan yang berlebihan setiap bulan. Maknanya ada aliran kewangan positif.
Dalam istilah kewangan dipanggil ‘financial stable’. Duit lebihan boleh disimpan untuk aktiviti dan hobi. Malah lebih baik digunakan untuk sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Misalnya salur sahaja ke pusat zakat, anak-anak yatim atau wakaf ke madrasah pengajian agama Islam.
4.Bebas kewangan sepanjang zaman
Inilah golongan yang diimpikan ramai orang. Bukan sesuatu yang mustahil dan sayangnya tidak ramai berjaya menempatkan diri dalam golongan yang dikenali sebagai ‘financial freedom’.
Contoh paling dekat ialah komuniti Old Money. Mereka hidup bergemerlapan dengan kekayaan dan kemewahan tujuh keturunan.
Tentu seronok sangat kalau dapat kerana masa dan tenaga boleh fokus kepada ibadah. Paling tidakpun boleh mengabdikan diri dalam mengembangkan syiar Islam.
Penutup
Saya faham tentu kita semua ingin berada di tahap kewangan keempat iaitu kebebasan kewangan biarpun bukan seperti komuniti Old Money.
Cukup sangat dengan tiada hutang, ada rumah yang selesa, kereta yang bagus dan telefon pintar yang mudah guna.
Namun jangan pula terlalu berorientasikan dunia kerana matlamat utama orang Islam ketika masih bernyawa ini cuma mahu dapat dapat reda Allah SWT.
Tidak kira pada tahap kewangan mana yang kita miliki tatkala ini.
Wallahualam.

Keluarga saya pernah berada dalam fasa 2. Cukup² makan. Alhamdulillah, sekarang adalah lebih sikit, rezeki Allah bagi. Memang best kalau dapat yang keempat, tak payah kerja, duit ada je. Hehe.. tapi sekarang pun saya sudah cukup syukur, Alhamdulillah.
Roda kehidupan memang begitu.
ada masa senang dan ada masa susah.
Bila senang, syukur dan bila susah, sabar.
alhamdulillah selesai smua hutang rumah & kereta by saya bersara awal akhir bln 6 aritu…syukur dipermudahkan segalanya…bebas hutang
Saya juga tumpang gembira dan syukur.
tidak semua mampu menikmati situasi demikian.
paling seronok bebas hutang.
Alamak….langsung tepuk dahi tengok di manakah kedudukanku😭
saya doakan Ksarie berada di tahap 4.
aamiin..
Hehe betul itu yang seronok no 4. Tidak risau pasal duit.
Bagus juga tak risau pasal duit…
memang ramai berimpian untuk dapat n0.4
saya mampu duduk di tahap 3 je. gaji tu cukuplah utk byr nil n makan minum. ada juga simpan di asb, th n kwsp sbg bekalan masa kecemasan…
Abam Kie recently posted…Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Menerima Tawaran UPU
Alhamdulillah..terbaik la abam kie
moga boleh bergerak lagi ke tahap 4
semoga kita semua bisa sampah ke tahap 4 yaaaa 😄. tak habis asset utk 7 turunan 😄👍👍. kalau skr nih, mari bekerja lagi biar hidup setidaknya jangan turun dari level 3 🤭🤭
Usahakan untuk masuk level 4 supaya dapat menikmati hidup dengan sempurna kan..
Alhamdulillah diusia menghampiri 47 ni dah dapat merasa fasa kewangan no. 3. dulu masa mula-mula kerja no. 1 pun pernah hahaha
Itulah putaran kehidupan…
dari bawah ke atas…kira cukup baik tu.
Insya Allah kita semua nanti akan masuk ke tahap ke 4 ya mas Hanafi.
Amiiiiiin yang paling kencang, hihihii
aamiin…moga doa kita dimakbulkan nanti.
yang perlu ada usaha dan doa dari sekarang.