Rezeki diberi umur panjang, sihat, bahagia dan beriman pasti menjadi idaman ramai orang. Namun tidak semua dianugerahkan dengan rezeki sedemikian.
Saya pernah bertanya dengan pakcik jemaah masjid yang kini berumur 80-an tahun.
Apa perasaan dianugerahkan panjang umur?
Katanya, ia adalah ujian. Itu saja jawapan yang diberikan.
Saya pun tak la mahu tanya lanjut kerana dalam masjid tak elok bersembang banyak.
Namun dalam artikel santai ini, saya suka untuk berkongsi petua umur panjang oleh lelaki yang berusia 105 tahun.
Petua umur panjang diceritakan kembali seorang penceramah semasa kuliah Maghrib.
Menurut penceramah tersebut, beliau jumpa lelaki yang berumur 105 tahun ini masih kuat berkebun dan kekal sihat.
Amalan panjang umurnya ada tiga sahaja.
1.Berdoa sebelum makan
Sebagai orang Islam, ia sebenarnya rutin yang hebat. Bukan sesuatu yang baharu untuk berdoa sebelum makan.
Bahkan masuk tandas, ketika ‘bercucuk tanam’ ( khas untuk orang berkahwin sahaja) dan tidur juga kita dianjurkan untuk berdoa.
2.Tabiat makan masa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Amalan ini sebenarnya sukar kerana melibatkan nafsu. Apatah lagi makanan yang sedap-sedap dan enak.
Cuma jika mampu berhenti makan sebelum kenyang atau makan seadanya merupakan muhajadah yang aulia.
3.Bercakap baik-baik dengan makanan.
Sedar atau tidak sedar ada yang mengeluh, mengeluarkan kata kesat atau merungut semasa makan. Kalau boleh dan sebaik-baiknya elak sama sekali dengan tabiat begini.
Orang tua yang panjang umur tersebut sentiasa bercakap baik-baik dengan makanan. Dia bersyukur dengan nikmat tersebut.
Kesimpulan
Apa-apapun amalan cumalah asbab sahaja untuk panjang umur kerana Allah SWT sudah menetapkan rezeki, ajal, maut dan jodoh masing-masing.
Selebihnya terpulang kepada kita sebagainya hambaNya untuk berdoa, berusaha dan reda dalam menikmati kehidupan yang sementara ini.

Semoga kita semua dimasukkan dalam golongan manusia yang disertai keberkahan dalam setiap tahun usia hidup kita ya mas hanafi.
aamiin dan in shaa Allah.
Rupanya banyak berkaitan dengan makanan dan pemakanan apabila ingin panjang umur.
ya betul…tidak dinafikan hal tersebut
Terbaik..entri menarik sekali..ada manfaat
Terima kasih tuan.
moga ada manfaat buat kita semua
Masya Allah….
Semoga kita diberikan Allah kesehatan, umur yang panjang dan barokah…
Yudi recently posted…FHI: Petik Tomat
Aamiin
Insha Allah. Banyakkan berdoa yang baik-baik
semoga usia saya sy panjang untuk mengumpul pahala utk dibawa sbg bekalan ke akhirat nanti. Aamiin.
abamkie recently posted…12 Golongan Yang Didoakan Malaikat
In shaa Allah,
Semoga doa Abamkie dimakhbulkan
ini saya setuju.
pernah ada juga seorang nenek, lupa umurnya, tp dah tua juga, lebih dari 80. masih sehat dan cergas. ditanya rahasianya apa.
dan diapun bilang, “mulut jangan rakus” . itu rahasia dia.
intinya, makanan sangat berpengaruh. dan nenek ini selalu makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. dia juga menghindari makan di luar dari jam makan. lalu masih rutin puasa.
Krn terkadang yg membuat tubuh menjadi sakit, apabila semua makanan disumbat, sampai perut begah kekenyangan kan. padahal itulah yg tidak baik utk lambung kita.
sudah benar ajaran rasul, yg juga menyuruh umat Islam agar berpada-pada jika makan. berhenti sebelum kita kenyang
Intinya pada makanan.
Selalu berpuasa dan jaga perut maka kesihatan akan terpelihara
Terima kasih Fanny sudi berkongsi perkara tersebut
Terima kasih di atas perkongsiannya. KSarie memang perlu mula jaga bab makan ni sebab macam terpleot beno kesihatannya🥲
sama-sama
semoga kita semua diberi kekuatan untuk berjaga-jaga dalam bab kesihatan
usaha pada makanan dan selebihnya tawakal
Umur panjang dan sihat sejahtera itu rezeki dariNya. Mungkin juga hasil amalan pengambilan makanan sebenar, dan tidak ambil makanan proses seperti kebanyakan orang zaman sekarang. Wallahualam.
Tot recently posted…Cencurut yang bijak
Saya setuju pada dasarnya.
Makanlah makanan yang segar dan kurangkan makanan proses