Ketika membaca berita di satu portal saya agak terkesima dan buat-buat terkejut. Mana tidaknya apabila mengetahui ada seorang lelaki warga emas yang kembali bekerja setelah pencen umur 60 tahun.
Beliau bekerja semula ketika umur 65 tahun dengan buat e-hailing sebagai sumber nafkah pencarian.
Tidak perlu kita tahu siapa beliau kerana identiti tidak penting dalam kes begini.
Cuma kesnya amat penting untuk pengajaran kita semua.
Waima orang dekat pencen atau orang mula bekerja, perkara tersebut wajib ambil cakna.
Ia berkaitan soal pengurusan kewangan.
Ayuh kita breakdown kewangan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
Mudah-mudahan kita semua tidak jatuh pada lubang yang sama seperti beliau.
Kita andaikan, beliau adalah pesara swasta yang bergantung kepada wang KWSP.
Wang terkumpul berjumlah RM400k dan licin dalam lima tahun yakni bersamaan 60 bulan.
Katakanlah perbelanjaan beliau sebulan sekitar RM7k.
Dalam masa 60 bulan saja perbelanjaan mencecah RM420K.
Kita pecahkan agar jumlah ini lebih realistik dan logik.
Perhatikan angka di bawah:
Bayar rumah =RM3000
Bayar kereta = RM1000
Minyak = RM500
Makan & minum = RM1,500
Medical card = RM500
Bil utiliti = RM500
JUMLAH = RM7000
Kos hidup beliau memang tinggi kerana statusnya masa bekerja dulu bukan orang biasa-biasa.
Persoalannya kini adakah kita sanggup untuk ‘downgrade’ kualiti hidup setelah sebati dengan keselesaan dan kesenangan puluhan tahun?
Saya percaya tentu ramai tidak sanggup berbuat demikian kerana usia senja wajar menikmati hidup dengan lebih baik sebelum ajal datang menjemput.
Saya berpendapat cuba adaptasi dua solusi ini supaya kita tidak seperti lelaki warga emas tersebut.
1.Minimumkan perbelanjaan harian dan bulanan. Kurangkan ‘cashflow burning’ dalam tabung pencen.
2.Jangan bagi sokongan kewangan kepada anak-anak yang sudah dewasa. Mereka perlu bina kehidupan secara berdikari.
Apa pandangan kalian semua?
Jom kongsikan bersama.
Boleh layan juga dalam video seperti di bawah:

Mcm pernah baca cerita yang hampir sama.. ex-pensyarah tpksa keja embak e-hailing sbb tanggungannya rami, bini 3 kot sbb ya lah rasanya… 3 buah rumah nk ditanggung… tp mun state biasa jak org pencen disambung kontrak agik… ya nyuruh makin kaya ne ndak level bos² bah
Kakmim recently posted…Keria Gula Melaka Viral Taman Sukma
yelah tek…kisah yang sama kali.
Bos-bos nie sanggup hidup susah.
mun kita belum jadi bos boleh la pencen dan sik keja lamak gilak.
apa-apapun get ready dari sekarang sebelum pencen.
biar hidup sederhana janji jangan sengsara masa tua.
Duit pencen 400k memang tak cukup kalau perbelanjaan bulanan 7k sebulan. Sebab ya dari sebelum pencen gik kenak cari cara utk ‘downgrade’ lifestyle atau kurangkan perbelanjaan sik penting supaya duit pencen ya mencukupi.
Kalau tabung ada RM400k dan belanja RM3500 sebulan tentulah wang tersebut cuma bertahan 10 tahun
memang keras la hidup macam tok hehehehe
terpaksa la tambah juak income walaupun dah pencen
sebab itulah kena downgrade kehidupan setelah pencen. lagipun bila dah tua ni x perlu makan yg best2 sgt cuma lebihkan perbelanjaan dlm menjaga kesihatan shj.
abamkie recently posted…Kenapa permohonan guru untuk bersara awal ditolak?
Tepat sekali pendapat cikgu
kalau nak hidup tak perlu keja lagi…tulah yang terbaik sebagai pengorbanannya
Saya pernah tengok ada kawan suami, baru pencen setahun, sudah niaga nasi lemak suami isteri, sebab masa anak sulung kahwin, dia sponsor segala. Kesian kita tengok. Kenapa nak buat kenduri gah dan mewah, hanya untuk merana kemudian hari. Orang tua pula tu yang tanggung.
Tot recently posted…Lemau dan sup suhun petola
semoga kisah tersebut bagi hikmah dan pengajaran buat kita semua.
Umur emas masa untuk kita dekatkan diri kepada Allah SWT dengan fokus dan banyak.
Entry ini terkesan sangat untuk KSarie sebab baru berjumpa dengan seorang sunbae yang baru berpencen selama 3 tahun. Dia maklumkan dia baru mendaftar untuk bawa ehailing sebab hendak cari income untuk survival hidup. Kesian sangat rasanya. KSarie hanya boleh mendoakan agar dipermudahkan semua urusannya dan Allah kurniakan rezeki yang diberkati kepadanya
Memang kesian dan sebagai orang belum pencen..boleh ambil iktibar
perbaiki corak perbelanjaan dan gaya hidup.
Cuma pekerja sektor awam yang dulu agak beruntung kerana ada pencen untuk tampung hidup.
Sebenarnya ok saja masih bekerja jika umur 60 tapi bukan suatu kerja yang formal, contohnya menguruskan ladang sawit sendiri, atau mengurus ternakkan ayam telur sendiri atau kebun dan hasilnya hanya untuk makan seharian sahaja. Jika kerja selepas umur 60 tahun kerana hutang itu susah nak kata apa.
AhmadiKatu recently posted…Surat Buat Anak #2: Ayah Pernah Terduduk, Tidak Menyerah
sebolehnya umur 60 hanya bekerja sebagai pilihan dan bukan tuntutan.
Kerja pun sekadar mengisi waktu agar tidak terasa lapang sangat
tapi papa saya usia dah 75, masih mengurus bisnis2 nya bang 😅😅😅. sebagai anak, kami pun mau papa istirahat, masalahnya papa bilang, dengan bekerja otak dia menjadi terang. di rumah, hanya istirahat, main dengan cucu, malah membuat papa bosan 🤣🤣.
jadi bagi papa bisnis2 nya memang suatu hal utk dia merasa tetap hidup dan semangat . bukan utk cari duit. kalau itu sudah auto jalan. tp saja dia mau terjun langsung utk cek . 😅
fanny_dcatqueen recently posted…KULINER BANDUNG: PENASARAN SATE JANDO DI SATE KHAS ABAH
Syukur walaupun umur sudah 75 masih sihat dan kuat.
biasanya orang begini kuat bekerja.
Takut la kalau jadi cam ni….
memang ditakuti juga sebagai pengajaran bersama
Kalau alasannya karena pilihan, saya setuju jue mas Hanafi. Boleh-boleh saja, biar ada kegiatan.
Tapi kalau karena tuntutan ekonomi, rasanya kok sedih betul ya.
memang betul sedih jika masih bekerja lagi selepas umur pencen