Saya faham dunia sekarang semuanya mahu pantas, cepat dan ringkas. Saya sendiri juga kadang-kadang melayan media sosial dengan cara ‘pop corn brain’.
Dalam blog ini saya ada menulis tentang Gen Z: Ciri, Sikap & Cara Berfikir Generasi Digital
Sayangnya saya tidak mengulas panjang. Sedikit saja dan itupun sekadar di pinggiran.
Lupakan sebentar tentang ‘popcorn brain.’
Saya cuma ingin berkongsi perkara yang saya perolehi dalam majlis bayan lepas Maghrib pada 29 Jun 2026.
Majlis bayan ini disampaikan oleh jemaah tabligh dari Kuantan, Pahang yang singgah di Masjid at-Taqwa di Gita, Kuching.
(Nota: Majlis bayan ialah satu majlis penyampaian nasihat atau peringatan agama yang lazimnya dikaitkan dengan usaha dakwah, khususnya dalam kalangan Jemaah Tabligh. Perkataan “bayan” berasal daripada bahasa Arab (بيان) yang bermaksud penerangan, penjelasan atau penyampaian.)
Beliau mengingatkan banyak perkara tetapi saya ambil dua perkara yang sangat penting iaitu manusia akan berhadapan dengan pilihan sama ada perkara penting atau perkara perlu.
Apa yang perlu?
Apa yang penting ?
Sejak dalam kandungan ibu lagi, seorang bayi akan mempunyai pilihan sama ada perkara penting atau perkara perlu.
Perkara perlu ialah makanan yang diperolehi dari ibunya melalui uri dan perkara penting ialah organ pada badannya seperti otak, hati, tangan, telinga serta sebagainya.
Setelah bayi lahir, dia akan meninggalkan uri, air ketuban dan lain-lain walaupun pada mulanya perkara tersebut memang perlu.
Bayi ini akan bergantung perkara penting seperti organ badan untuk kekal survive ketika berada di alam nyata.
Menjelang dewasa manusia bakal berdepan lagi dengan pilihan penting dan perlu.
Pilihan bukan antara satu tetapi pilih keduanya.
Cuma cara meletakkan pilihan itu penting dan perlu biar pada tempat yang wajar.
Misalnya kita perlu bekerja dan pastikan bekerja tidak membelakangkan solat.
Solat amat penting kerana ia perintah Allah SWT kepada hambaNya yang beriman.
Sama juga dengan orang yang mengutamakan solat tidak semestinya tidak lagi bekerja untuk menyara hidup.
Itulah kuasa pilihan untuk perkara penting dan perlu.
Bijak memilih akan menang dunia dan akhirat.
Akhirnya setelah kita mati, kita akan meninggalkan perkara perlu seperti kerjaya, status atau pangkat, wang ringgit dan sebagainya.
Dalam kubur kita berdepan dengan perkara penting seperti amal ibadah sewaktu hidup dulu.
Dalam erti kata yang lain, perkara penting dan perkara perlu saling bergandingan. Terpulang kepada kita lagi untuk meletakkan prioriti hal tersebut.
Akhir kata, jemaah tabligh tersebut turut mengingatkan kita semua untuk meletakkan kepentingan kepada rasa syukur, sentiasa beristighfar dan banyakkan masa membaca al-Quran setiap hari.
Semoga bermanfaat.
Jom layan TikTok juga:
@code007ai Siri 010726 Video ini terhasil menggunakan Gemini saja. Ada tiga percubaan iaitu guna Flash Lite, Flash dan Pro. Hasilnya tiada perbezaan ketara. #tipmemandu #gr86

Menarik. Kena tahu perkara perlu dan penting. ilIa bergandingan.
ya..wajar tahu perkara ini.
Alhamdulillah atas perkongsian yg cukup bermanfaat. Perkara perlu dan penting kita polah dua2 tapi nok ney satu polah bergantung dengan masa dan kesesuaiannya. Contohnya kerja perlu tapi solat penting. Bila masuk waktu solat kita berhenti kerja dan solat. Tapi dalam keadaan menyelamatkan nyawa jadi keperluan, kita berhenti solat utk selamatkan nyawa sebab ya yang diajar dalam Islam.
sebab itulah ajaran Islam sangat sempurna dan indah sekali.
Untung jadi orang Islam yang beriman dan percaya semua kejadian ini.
Memang itulah matlamat tabligh… sampaikan dakwah di mana saja
Betul..
Tabligh saja sudah cukup maksudnya
Menyampaikan dakwah ajaran Islam
Memang lah, Harus ada keseimbangan dalam hidup ni ya mas hanafi.
yang penting, dikerjakan. Yang perlu pun sama.
Itulah seninya menjalankan hidup, hihihi 😀
Kalau tidak seimbang memang susah jadinya…
Dunia dapat akhirat pun dapat
In sya Allah kita usahakan untuk seimbangkan dunia dan akhirat sebaik mungkin dan setakat yang mampu. Teringat beberapa ustaz/ustazah yang pernah beri ceramah di ofis. Mereka menegur tentang kakitangan yang solat sunat Dhuha semasa waktu bekerja. Kata kerja itu wajib dan solat Dhuha adalah sunat. Makanya tidak wajar menunaikan solat Dhuha di dalam waktu bekerja. Terima kasih berkongsi tentang maksud “bayan”. Selama ini apabila membaca maklumat oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Bayan Linnas selalu terfikir “bayan” itu burung bayan ke😅. Tau tau sepatutnya boleh je google maksud Bayan Linnas tapi tidak tergoogle la pulanya.
Wah perkongsian yang bagus Ksarie!.
Solat sunat Duha boleh dilakukan pada waktu hujung minggu semasa tidak bekerja atau buat sebelum masuk masa bekerja.
Kan…bayan popular untuk kumpulan tabligh.
Saya pun baru tahu bayan juga sejenis burung.
setuju. Islam tidak melarang umatnya bekerja dan menjadi kaya. justru perlu supaya bisa hidup baik dan bahkan bisa membantu dakwah Islam dengan harta.
apa yg perlu, apa yg penting, harus bisa kita bedakan. Walaupun nantinya tetap saja Kewajiban pada Allah yang lebih penting.
Sebab itu dunia tidak boleh ditinggalkan 100 peratuas.
Dunia adalah jambatan untuk ke akhirat.