Pagi Ahad saya hadiri kuliah Subuh. Seronok bercampur-campur. Ada campuran rasa ngeri dan takut semacam.
Kematian itu rahsia tapi pasti kita semua akan lalui. Kematian juga pemutus kelazatan dunia. Setelah kita mati dan masuk kubur, kita hanya bertemankan amalan baik.
Keluarga, harta dan segala isi dunia tetap kita tinggalkan pada kehidupan yang masih bernyawa. Mahu atau tidak mahu kita wajar ada bekalan amal untuk ke sana.
Kubur adalah sempadan antara alam dunia dengan alam akhirat. Kita akan dibangkitkan semula selepas tiupan Sangkakala kedua suatu hari nanti.
Dalam kuliah tersebut, ustaz berkongsi amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada di azab di alam barzah atau kubur.
Amalan tersebut merangkumi:
1.Jaga solat
Tidak boleh tidak kerana solat adalah tiang agama bagi orang beriman dan Islam.
Solat dijaga, insha Allah alam kubur akan selesa dan selamat.
2.Perbanyakkan istighfar
Ustaz pesan bahawa istighfar bukan untuk orang yang berdosa sahaja.
Benar dan betul sangat.
Realitinya manusia mana yang mengaku tiada dosa kecuali bayi baru lahir.
Kita yang sudah berusia begini lagilah banyak dosa yang terkumpul sejak dari akil baligh.
Kita pun tidak tahu yang mana satu amalan diterima atau dosa yang diampuni.
Namun pada dasarnya kita amat berharap agar segala dosa yang terpalit dulu-dulu sudah dibersihkan.
Jika tidak pasti maka perbanyakkan istighfar sebagai jalan selamat untuk menempuhi alam kubur.
3.Sentiasa bersedekah
Bersedekah antara amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada diazab dalam kubur jika banyak dosa.
Sedekah tidak semestinya wang ringgit. Sedekah masa dan tenaga serta ilmu juga perlu selagi ia memberi manfaat kepada orang lain.
Banyak sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah menjadikan alam kubur yang bakal kita lalui lebih selamat.
Bahkan sedekah yang terbaik apabila ia terus mengalir ke kita walaupun kita sudah tiada lagi yakni sedekah jariah.
4.Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang pasti menjadi peneman kita dalam barzah.
Usahakan untuk membaca al-Quran setiap hari tanpa gagal jika ingin selamat dalam kubur.
Syukur alhamulillah di masjid tempat saya bermukim sentiasa menganjurkan bacaan surah al-Kahfi dan al-Mulk setiap malam lepas solat Isyak.
Sekurang-kurang ada juga penggalak kepada kariah masjid untuk sentiasa mendampingi al-Quran setiap hari.
Kesimpulan
Rasanya itu saja yang mampu saya ingat ketika kuliah Subuh tersebut. Ilmu-ilmu begini bukan baharu dan banyak juga dalam Youtube.
Cuma jika mendengar dalam kuliah secara langsung dapat berkah dan rahmat di majlis taman syurga.
Walahualam.

the power of sedekah… manfaatnya bukan sahaja ketika di dunia malah diperpanjangkan sampai ke liang lahad
Tiada sesiapa yang mampu menafikan realiti ini
Semoga kita dapat mengamalkan pesanan di dalam kuliah secara istiqamah dan sentiasa di bawah rahmah Allah selalu. Cerita pasal mati ni memang sokmo menggetarkan jiwa sebab tidak akan pernah bersedia.
Tq panjangkan ilmu ke dalam blog daripada kuliah Subuh.
Semoga Encik Hanafi memperoleh pahala berterusan kerana mengingatkan amal yang boleh dilakukan.
sama-sama.
Moga ia bermanfaat juga untuk kita semua.
terimakasih Abang, ini jadi reminder kita semua utk selalu ingat, kematian pasti datang. dan itu masa2 awal utk kita menghadapi kiamat nanti. memang gemetar sangaaat kalau ingat kiamat. tak tahu apakah amal kita sudah cukup 😔. sebelum kiamat, msh ada alam kubur. semoga saja kalau nanti kita sudah masuk ke zaman ini, amal perbuatan kita yg bisa jadi pelindung
sama-sama.
Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
mati pasti .Yang tak pasti bila dan bagaimana.
Subahanallah , tuan ini amanat dan ingatan sangat memberi kesan di jiwa pembaca..terima kasih ingatan.
Ingatan yang selalu juga di media sosial.
sama-sama kita ambil ingatan tuan cikgu.
Terima kasih remindernya Kak Hanafi. Memang sholat itu tiang agama jadi tak boleh ditinggal. Dunia sementara, akhirat selamanya.
Nama saya Avi. Salam kenal dari East Java, Indonesia.
Avi recently posted…Mudik Dadakan saat Listrik Mati, Adu Fisik dengan Saladin
Terima kasih Avi kerana sudi singgah di blog ini.
Salam kenal dari saya.
Sapa yang jadikan akhirat keutamaan maka dunia mudah baginya.