Baru-baru ini saya ada mengikuti satu kuliah Maghrib. Ada topik agama tapi bukan itu yang ingin saya kemukakan dalam perkongsian ini. Saya cuma tertarik dengan kupasan penceramah berkaitan peringkat atau level sesuatu ilmu.
Peringkat pertama
Peringkat paling asas iaitu sekadar tahu. Ia umpama info atau maklumat. Ramai yang tahu dan mereka sekadar tahu. Tidak lebih daripada itu.
Peringkat kedua
Masuk peringkat ini memang lebih baik daripada yang pertama iaitu mengamalkan apa yang kita tahu. Mempraktik atau mengamalkan sesuatu yang kita tahu. Proses mengaplikasi sesuatu ilmu dalam kehidupan bukan mudah sebenarnya.
Cabaran dan halangan pasti bertali arus. Lebih-lebih lagi kalau ilmu yang mendekatkan kita Allah SWT. Cuba perhatikan betapa ramai antara kita yang tahu bahawa solat Tahajud begitu mulia tetapi hanya sebilangan kecil sahaja mampu mengerjakannya pada malam hari.
Peringkat ketiga
Inilah peringkat tertinggi sekali kepada mereka yang tahu dan amal sesuatu ilmu. Segelintir sahaja yang sudah mencapai tahap ketiga ini iaitu dapat hikmah atau wisdom.
Mereka yang sudah mendapat hikmah daripada ilmu sudah tentu boleh mengupas, menganalisis dan menerangkan kepada orang lain dengan sudut pandang yang jauh lebih baik.
Kesimpulan
Bagi saya secara peribadi, ilmu yang terbaik dan aulia dapat membentuk diri jadi lebih beradab dan merendah diri. Mereka tidak memandang rendah orang lain. Bahkan tidak sekali merasa angkuh dan lebih mulia.
Sebab semua kejadian atas izin dan perintah Allah SWT.
Kita semua tiada daya kekuatan sama sekali.
Percayalah.

Ilmu yang menambah pahala berterusan ialah ilmu yang diajar dengan orang lain.
Betul…
sebab ya golongan cikgu paling banyak pahala.
Terima kasih atas perkongsian. Ada beza antara info/maklumat dan ilmu.
Memang ada beza walaupun tidak ketara…
Wah menarik ni. Ternyata menguasai dan mengamalkan ilmu tu, baru masuk ke peringkat 2 ya mas.
Fajarwalker recently posted…Taman Salak Kuning, yang Vibesnya Kayak Bukan Lagi di Jakarta
Orang awam atau kebanyakan memang akan berada di peringkat 2 saja..
sukar untuk berada di peringkat 3.
part nak mengamalkannya tu ramai yg failed termsk lah sy
Perkara biasa dan memamg luar biasa jika berjaya mengamalkannya
pakai ilmu padi, makin berisi, makin menunduk. makin kita banyak tahu ttg suatu ilmu, sebenernya, makiiiin kita tak tahu lebih dalam. makin digali suatu ilmu, makin dalam dia. tak habis2 … jadi memang kan, orang berilmu biasanya makin humble, makin sadar bahwa dia masih punya banyaaak kekurangan soal ilmu tersebut
terima kasih Fanny kerana menambah pandangan yang amat bernas tersebut..
betul banget tu
Semoga kita dapat berkongsi ilmu walaupun sedikit agar sama-sama mendapat manfaatnya. In sya Allah
bidasari recently posted…June 2026 Recaps
In shaa Allah .
yang penting praktik dan praktik walaupun sukar