Abang sado ada berpesan….rugi tak ambik tahu

Saya bukan abang sado. Jangan pulak tersalah anggap. Tapi kalau anggap begitu tak juga salah. Anggapan yang positif adalah doa yang baik juga.

Tengah buat workout di gim, saya disapa oleh abang sado. Kami bersembang sebentar. Orangnya peramah dan jarang-jarang juga saya jumpa orang peramah bila jadi sado begini.

Abang Sado

abang sado
abang sado

Abang Sado: Sudah lama sampai ka ?
Hanafi: Pukul 8 lebih.
Abang Sado: Bagus kan pergi gim waktu pagi. Orang tidak ramai.
Hanafi: Ya…saya juga suka waktu pagi ke gim.

Tanpa buang masa saya pun tanya abang sado beberapa tips kesihatan.

Hanafi: Apa cara yang bagus untuk berjaya bentuk badan yang cantik.
Abang Sado: Paling penting sekali jaga pemakanan. Makan ikut portion yang betul.

Makan apa sahaja tidak ada masalah. Yang penting kawal dan jangan berlebihan. Lemak biasa akan terkumpul di bahagian perut.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 8)

Sebab itu kawal pemakanan supaya badan boleh kekal sihat.

Saya makan lima kali sehari. Itupun selama empat bulan secara intensif. Selepas itu latihan macam biasa dan makan ikut keperluan dan aktiviti.

Cabaran besar dengan kos pemakanan sahaja. Macam sekarang, saya sudah ada isteri dan anak. Jadi sukar untuk kekal disiplin macam zaman bujang dulu.

Hanafi : Oh macam tu.

Perbualan kami berhenti di situ. Saya meneruskan latihan dan begitu juga dia.

abang sado

Dalam hati, orang yang punyai badan yang cantik selalunya mudah dapat pasangan hidup.

Saya tertanya-tanya sebab apa. Setakat ini tiada jawapan yang pasti. Biarlah pembaca neneka sendiri apa jawapan yang tepat dan benar.

WAJIB BACA :   Bagaimana jadi pemimpin yang baik dan disukai ramai ?

Yang ada mungkin andaian bahawa lelaki yang berbadan sado melambangkan kegagahan atas ranjang hehehe. Yang itu tak nak sembang lebih.

Semoga ada manfaat. Moga jumpa lagi.

Info tambahan :

Suplimen halia hitam amat sesuai untuk mereka yang nak sihat dan cergas. Boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.

Comments 8

Leave a Reply to Suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge