Pelihara diri dan keluarga dari api neraka

api neraka

Hari ini adalah Jumaat atau penghulu segala hari yang bersamaan dengan 12 Januari 2024 atau 30 Jamadilakhir 1445H.

Habis Jamadilakhir masuk Rejab kemudian menyusul Syaban dan seterusnya Ramadan.

Habis Ramadan kita akan beraya sakan dalam bulan Syawal.

Nampakkan masa amat pantas berlalu.

Kita tinggalkan dulu kisah tersebut kerana topik kali ini tentang Khutbah Jumaat

Macam biasa, saya cuba untuk mengingat kembali topik yang disampaikan oleh khatib.

Topik kali ini tentang “pelihara diri dan keluarga dari api neraka”

Sayangnya saya mampu ingat dua perkara sahaja.

Saya terlena sehingga tidak dengar apa yang dikatakan oleh khatib atas mimbar.

WAJIB BACA :   Ilmu dari kuliah Maghrib dan dua kuliah Subuh

Perkara pertama bina keluarga bahagia kerana rumah tangga yang bahagia mengundang berkat dan rahmat Allah SWT.

Keluarga yang harmoni dan hidup berteraskan ajaran agama yang syumul.

Kedua, khatib berpesan agar menuntut ilmu kerana ia fardu ain ke atas diri sendiri.

Dengan ilmu yang betul maka kefahaman dan penghayatan Islam dapat menbentengi diri kita terjerumus ke dalam kancah dan lembah dosa.

Ada satu lagi pesanan tetapi saya tak dapat ingat terus.

Mungkin gangguan syaitan amat kuat sehingga usaha untuk mengingatkan amanat untuk ke syurga boleh terlupa.

Nasib baik usaha saya berselawat berjaya catat 18 ribu pada hari Jumaat.

Walaupun sasaran awal mahu 20K atau sekurang-kurangnya 15 ribu dalam masa sehari.

WAJIB BACA :   Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amal [ edisi kemas kini 2022 ]

 

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge