Hadiah Mrs. A untuk Mr. H

Tajuk Hadiah Mrs. A untuk Mr. H agak kontroversi dan akan tersalah anggap jika tidak membaca coretan ini sampai ke penghujungnya.

Tanpa basa-basi saya cerita straight to the point.

Pada 4 Januari 2024 yang lepas saya terkejut membaca artikel Terima Kasih Kepada Tujuh Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2023 oleh blogger Mrs.A.

Rupa-rupanya saya terpilih sebagai pengomen tegar dalam blog beliau.

Berita baik dan menguja, saya diberi hadiah yang menarik.

Saya suka…saya suka bak kata blogger Puan Nur.

Alhamdulillah, hadiah tersebut sampai pada 11 Januari 2024 oleh kurier Ninja Van.

Hadiah yang saya dapat berupa flash air panas yang tertulis MR HANAFI.

WAJIB BACA :   Pendapatan Youtuber Malaysia lumayan berbanding Blogger

Saya baca tulisan itu berulang-kali dan tersenyum sendirian.

Patutlah orang sangat suka dipanggil nama sendiri kerana menimbulkan rasa terharu, suka dan teruja.

Saya menerima hadiah tersebut dengan penuh syukur dan itu semua rezeki daripada Allah SWT.

Flash tersebut saya nak bawa ke pejabat dan show off dengan kawan-kawan bahawa jadi blogger ada keistimewaan tersebut.

Show off tidak bermaksud terbit rasa sombong dan bangga diri.

Terima kasih Mrs.A dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan berkat kepada beliau dan keluarga.

Semoga panjang umur, sihat, bahagia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah sehingga ke Jannah.

Aamiin Ya Rabbil Aalamiin.

Geng blogger semua, jangan lupa membaca dan mengomen di blog Mrs.A .

WAJIB BACA :   Senarai Blogger Malaysia Yang Mempunyai Gaya Penulisan Hebat

18 thoughts on “Hadiah Mrs. A untuk Mr. H”

Leave a comment

CommentLuv badge