Roda Kehidupan saya terjemah daripada perkataan Wheel Of Life. Teori Roda Kehidupan merupakan ilmu yang saya dapat daripada seminar yang dikendalikan oleh Pengasas YAST Group Esther Law Lee Poh.
Seminar tersebut dihadiri sekitar 25 orang staf tempat saya bekerja pada 11 Januari 2024 di pejabat Yast Group.
Objektif seminar untuk membentuk, mereka dan membina kejayaan dalam hidup secara seimbang.
Keseimbangan amat penting.
Tidak seimbang akan merencat kejayaan dan pembangunan diri kita sendiri.
Dengan teori itu, individu perlu melukis carta pai dan kemudian dalam carta pai itu bahagikan kepada enam atau lapan bahagian.
Pada bahagian itu merangkumi bidang utama dalam kehidupan seperti kewangan, keluarga, kerohanian, kerjaya, rakan-rakan, perkembangan diri, kesihatan dan lain-lain.
Langkah seterusnya kami menandakan skor pada roda dengan skala terendah iaitu 0 hingga tertinggi iaitu 10 di setiap bahagian pecahan.
Kami menandakan di sekeliling bulatan dari satu bahagian ke bahagian lain yang telah ditanda.
Kemudian kami melihat hasilnya, adakah roda kelihatan dan seimbang?
Jika tidak, usah khuatir kerana tiada yang salah dalam hal ini kerana ia membantu kita memperbaiki diri dalam kelemahan tersebut.
Teori Roda Kehidupan ini dapat digunakan untuk mengenal pasti ketidakseimbangan yang berlaku dalam kehidupan pada waktu ini.
Kita dapat memulakan perancangan tentang apa-apa yang hendak dilakukan bagi menangani ketidakseimbangan tersebut untuk masa depan.
Semasa seminar kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Selepas itu membuat grup perbincangan dengan topik yang akan diperjelas lanjut Madam Esther Law.
Seminar yang bermula jam 8.45 pagi itu berakhir pada 11.30 pagi.
Habis seminar kami dijamu dengan menu makan tengah hari yang sedap dan lazat.
Kesimpulan
Namun perkara yang penting sekali untuk berjaya dalam hidup ini adalah DESIRE dan EMOTION.
Keinginan mesti padu dan sekuat yang mungkin.
Emosi pula wajib marak dan membara setinggi yang mungkin.
Semua orang mampu dan boleh berjaya.
Bezanya teknik untuk mengaplikasi perancangan, ilmu, kemahiran, keinginan dan emosi.
Orang berjaya ialah orang yang FOKUS terhadap apa-apa yang mereka inginkan.
Dalam ajaran Islam, konsep DUIT juga sama.
Mulakan dengan DOA, diikuti oleh USAHA dan dikuatkan dengan IKHTIAR serta disudahi melalui TAWAKAL yakni penyerahan secara tuntas kepada Allah SWT.
Wallahualam.
menarik teorinya
boleh tahan dan ia bukan juga perkara baru
Kena selalu konsisten dan bersemangat laksanakan rancangan.
Inilah cabaran sebenar bagi kita semua
zaty pernah belajar juga dengan lecturer zaty tentang teori ni. it’s useful kalau guna konsep ni dengan konsep DUIT tu. kalau takde konsep DUIT then no success la kan ! thank u for this sharing !
Teori orang putih yang mereka adaptasi daripada ajaran ISlam juga tu
Uncle setuju…. hidup ini memang macam roda.
Yalah kan…boleh berada di atas boleh juga berada di bawah
roda kalau dia x seimbang, semestinya dia x dpt nak maju ke hadapan atau tumbang x bergerak2. ia perlu seimbang/sama supaya mudah mara walaupun perlahan dan ambil masa…
sama mcm hidup sbg seorg muslim. perlu seimbang dunia akhirat. jgn kejar dunia semata hgga akhirat keciciran. kejar dunia kejar akhirat…
wah…pandai awak Anies.
komen itu memang tepat dan munasabah jika didikir secara logik
Teori hanyalah sekadar teori jika tiada sebarang usaha untuk mengerakkannya.
sebab itu tak perlu belajar banyak teori…
ada teori tapi tak praktik memang tak akan jadi
Bagusnya dapat ikuti seminar macam ni. Dapat ilmu baru.
Encik Hanafi yang pakai baju warna merah ke, yang ada logo Polo Golf tu? Maap kalau salah, saya ni rabun.
Alhamdulillah…rezeki untuk kami untuk sentiasa upgrade diri..
Pandai Puan Nur cam saya walaupun gambar sangat kecik..jawapannya memang betul
susah untuk membuat segalanya seimbang. tapi memang kita perlu tahu, supaya yakin di mana bagian yg bisa diperbaiki kan, yg membuat roda kehidupan tak seimbang.
setuju sekali dengan konsep DUIT. Tanpa 4 hal tersebut, terkadang manusia jadi tidak bisa menerima kegagalan atau bahkan jadi sombong setelah kesuksesan tercapai.
Memang mencabar tu untuk dapat roda yang sangat seimbang
tapi boleh cuba juga
Ya…konsep DUIT memamg tidak boleh lari bagi kita umat Islam