Ini laluan paling realistik untuk belajar AI

Ketika melayan Thread saya terjumpa satu poster menarik oleh Muhamad Nor  iaitu Roadmap Belajar AI: Dari Asas ke Aplikasi.

Ringkas, kemas dan yang paling penting… realistik.

Roadmap yang tidak terlalu teknikal dan sesuai untuk orang biasa yang nak masuk dunia AI tanpa rasa takut.

Bayangkan proses belajar AI ini macam naik tangga.

Tak perlu lompat terus ke atas.

Naik satu demi satu.

Langkah pertama ialah Asas Prompting.

Di sinilah segalanya bermula.

Belajar bercakap dengan AI menggunakan ChatGPT atau Gemini.

Ramai orang sangka AI itu magik, padahal hasil yang keluar bergantung sepenuhnya pada cara kita bertanya atau berinteraksi menggunakan prompt di aplikasi AI.

WAJIB BACA :   Mengapa buat bisnes ?

Bila dah biasa dengan prompt, barulah masuk ke Video Generation — guna Gemini, Meta AI atau Grok untuk bina konten video.

Macam artikel saya sebelum ini –> 4 tool mudah untuk buat video AI

Kemudian naik ke Visual Generation, hasilkan imej, poster dan grafik hanya dengan teks.

Selepas itu, barulah masuk dunia lebih serius iaitu No-Code Apps dengan Google Opal, bina aplikasi tanpa perlu tahu coding.

Disambung dengan Prototype Apps menggunakan Google AI Studio, sebelum akhirnya sampai ke tahap Website + AI — bina laman web pintar menggunakan Canva dan Google Sites.

Saya ada guna Google AI Studio untuk suara latar dalam menghasilan beberapa dokumentari sebelum ini.

WAJIB BACA :   Rezeki tidak tersangka memang best giler

Yang saya suka tentang roadmap ini ialah ia tak paksa kita jadi programmer.

Ia fokus pada kreativiti, kefahaman dan konsistensi.

Dalam dunia hari ini, siapa yang faham AI lebih awal, dialah yang akan bergerak lebih laju. Tak perlu jadi pakar, cukup jadi orang yang berani mula.

Dan semuanya… bermula dengan satu prompt.

8 thoughts on “Ini laluan paling realistik untuk belajar AI”

  1. Nak buat prompt tu pun kena guna perkataan yang sesuai dan lengkap juga, kan. Kalau tak, tak dapat hasil seperti yang dikehendaki.

    Reply
  2. Very informative and well-written article. The ideas you shared are truly valuable, especially for anyone focused on stationery material design. I appreciate how clearly everything was explained. This kind of content is really helpful for designers and business owners. Thanks for sharing such useful insights!
    masud rana recently posted…Top 10 Pen Brands Suppliers in MalaysiaMy Profile

    Reply
    • Thank you so much for your kind words!
      I’m really glad you found the article informative and helpful. Knowing that the ideas resonate with designers and business owners—especially in the field of stationery material design—means a lot. Your feedback truly motivates me to keep sharing practical and valuable insights. Thanks again for taking the time to share your thoughts!

      Reply
  3. Prompt tu pun tak habis belajar lagi. AI ni memang ‘in’ dalam dunia sekarang tapi banyak menggunakan tenaga dan air untuk menjananya.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge