Selama dua hari mrhanafi mengorbankan masa belajar buat blog. Demi minat dalam dunia blogging mrhanafi cekalkan hati untuk mencuri masa sendiri dari kerjaya utama.
Nasib baik bekerja bukan di bawah bos.
Selesai personal coaching bersama blogger Sarawak yang terkenal, Bro Ishak Hasimi, mrhanafi terus amalkan beberapa ilmu yang telah diperturunkan.
Belajar Buat Blog
Antaranya mrhanafi menukar Yoast SEO plugin kepada All In One SEO plugin.
Tiada perbezaan yang ketara diantara keduanya. Yoast lebih mesra pengguna berbanding All In One SEO yang banyak setting secara manual.
Kekuatan plugin tersebut ialah kita boleh letak banyak kata kunci yang menarik.
Selain itu mrhanafi belajar mengunakan Watermark. Apa yang menarik Bro Ishak Hasimi telah mencipta watermark dan mini headear blog ‘on the spot’ untuk blog mrhanafi.
Terima kasih daun keladi. Lain kali bagi belajar blog percuma lagi.
Mrhanafi juga belajar resize gambar untuk digunakan dalam artikel.
Kalau dulu mrhanafi belasah je.Janji ada gambar.Sekarang tidak lagi kerana Bro Ishak Hasimi sarankan mrhanafi guna saiz 600×400.
Itu terpulang kepada blogger sendiri. Saiz yang besar menyebabkan blog berat untuk loading.
Bro Ishak Hasimi juga perturunkan ilmunya dalam pemilihan keyword.
Mrhanafi tidak kisah sangat dengan kata kunci sebelum ini.
Mrhanafi tulis untuk bedal sesuka hati. Kesannya kadar trafik organik hidup segan mati tak mahu.
Nasib baik mrhanafi masih kekal jadi blogger biarpun pembaca yang datang boleh dibilang dengan jari.
Sedihnya ulu hati ini.
Namun selepas bergelumang dalam dunia blog selama hampir 5 tahun tanpa kemajuan dan kejayaan yang memberangsang mrhanafi terus gigih menulis.
Rupa-rupanya sekarang baru faham maksud gigih. Sifat ini sangat luar biasa kerana seangkatan dengan tidak berputus asa.
Belajar buat blog tetap diteruskan.
Berjaya atau tidak jatuh nombor dua. Soal pertama minat menjadi motivasi supaya teruskan usaha supaya kerjaya blogger boleh menjana pendapatan.
Apabila elemen nak kaya, banyak duit dan ada nama pasti memberi impak kepada penulisan blog mrhanafi .
Kini jenama menjadi keutamaan. Dari jenama akan timbul kepercayaan bahawa kita ada nilai untuk kehidupan orang lain.
Nilai tersebut bukan untuk duit semata-mata. Ada yang lebih bermakna lagi iaitu ukhuwah,p ersahabatan dan persaudaraan.
Ramai blogger yang jauh dimata tetapi dekat dihati.
Biarpun mereka tidak seaktif dulu namun mrhanafi masih terkenangkan mereka.
Proses belajar buat blog masih diteruskan.
Belajar untuk minat yang tidak mampu diukur dengan parameter duit.Kalau dah banyak duit pasti keseronokan menulis berganda-ganda.
Dapat juga ceritakan bagaimana perasaan pandu kereta Ferarri, Jaguar, oshe,Lamborghini atau Roll Rocyles.
Jangan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hentian. Belajar formal paling tinggi dapat PHd.
Belajar buat blog tetap berterusan selagi dunia internet, online, Google, Facebook dan sebagainya masih wujud.
Itu sahaja dahulu sebab nak mrhanafi nak berangan jadi Orang Kaya Samarahan.
- kemas kini 20/6/23
Tahniah tuan!!
Kerana minat tuan dapat terus bertahan sehingga ke hari ini..
anuar recently posted…Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017
tulah faktor paling kuat…minat berblogging dan blogwalking
p/s: terima kasih tuan
Saya masih lagi guna yoast plugin..betul bro memang banyak lagi ilmu perlu dipelajari..erutama saya yang baru setahun lebih ni..semakin banyak membaca semakin banyak pulak tak paham
pesan saya..
baca dan praktikal..
bila buat salah akan faham la nanti..
wow, rajin menuntut ilmu
mudah-mudahan terus berjaya. amin
siti hazreen recently posted…Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017
aamiin dan terima kasih…
Blogwalking sebenarnya menyemarakkan lagi minat untuk berblogging sebab boleh menambahkan rakan di media sosial selain dari minat lah…itu untuk diri saya.
Semoga terus sukses MH
Noriza Abdul Rahman recently posted…HQ Shaklee Mula Beroperasi di Sunway Geo Tower Pada 25 April 2017
terima kasih bagi sokongan mora…terbaik la gitu