Upscrolled merupakan media sosial yang trending sekarang. Ramai yang bangga dan suka up status masing-masing di Threads.
Saya berjaya daftar jadi komuniti Upsrolled pada 28 Januri 2026. Saja-saja nak cuba dan explore mengapa ia menjadi pilihan ramai sekarang.
Menurut website Upsrolled mereka mahu:
Designed for clarity. Built for people.
UpScrolled gives you the tools to share freely, connect deeply, and stay in control. Every feature is designed to put your voice, privacy, and experience first.
Your space without limits
Express freely, share boldly, be completely you
Berdasarkan carian dan pertanyaan saya di https://www.perplexity.ai/
UpScrolled ialah aplikasi media sosial baharu yang dilancarkan pada Jun 2025 oleh pembangun Palestin-Australia, Issam Hijazi. Ia menggabungkan ciri TikTok, Instagram dan X dengan sokongan video pendek/panjang, foto, teks, cerita serta sembang.
Keistimewaannya terletak pada privasi (pelayan di Ireland) dan kebebasan ekspresi tanpa shadowban atau penapisan melampau.
Sejak Januari 2026, ramai netizen Malaysia mula mendaftar selepas kontroversi TikTok di AS.
UpScrolled naik ke carta teratas App Store, namun timbul isu akaun palsu menggunakan nama media arus perdana.
Popularitinya membuktikan keinginan masyarakat mencari ruang digital bebas daripada algoritma manipulatif.
Pengalaman peribadi:
Saya rasa belum seronok sebab macam-macam pengguna buat posting di dalam terutama negara asing. Macam X pun ada. Belum lokaliti sebagaimana Threads dan Facebook.
Selain itu hanya boleh diguna di mobile dan belum di laptop atau PC.
Mungkin ini sebagai permulaan.
Segmen harian potret AI

Wah dah jadi keluarga Upscrolled, Tahniah. Tengok juga ramai bercerita tentang TikTok. Saya ada akaun TT tapi tak ada post. Guna untuk cari resepi dan tips untuk travel.
saja nak tahu jer.
tapi macam tak best kerana terlalu open
Oversea semua masuk
First time dgar tentang Upscrolled… mcm2 dah rupanya media sosial nie… sy dah bersara dr media sosial, skrg setia dengan blog dan youtube saja
Lebih elok jangan layan sangat media sosial..
nanti leka dan banyak buang masa