Template Berubah Cara Penulisan Blog Cuba Diubah

Cara penulisan blog cuba diubah.

Cakap pun tak guna.

Yang penting baca sahaja.

Admin cuba cara penulisan blog yang berbeza.

Ini gara-gara template sudah berubah.

Yang lama sudah bosan.

Yang baru ada kelainan.

Hari hari makan menu yang sama boleh mual juga.

Sebab itu nak cuba yang lain pula.

Admin memilih template berikut.

Template Ultralight

Admin minat.

Ringkas dan santai.

Dikatakan laju.

Ringan.

Bila disemak tidak juga.

Link untuk semak kelajuan blog : GT metrix

Yang penting buat admin senang dibaca.

Untuk pembaca tak tahulah.

Jika sudi kasi la komen sepatah dua.

Yang terbaiknya ada ciri-ciri SEO.

WAJIB BACA :   Sandal hilang di pagi Raya Aidiladha 2020

Itupun tak pasti kerana belum diuji.

Macam  nakhoda kapal.

Jangan mengaku jadi  nakhoda yang hebat kalau belum belayar di lautan bergelora.

Sama juga.

Jangan mengaku beriman selagi belum diuji.

Betul tak ?

Cara penulisan blog

Gaya penulisan

Jika pembaca setia blog ini memang sedia maklum.

Itupun kalau ada.

Lenggok bahasa yang admin gunakan memang carca marba.

Kadang-kadang sedap dibaca.

Selalunya biasa-biasa sahaja.

Admin boleh menulis dengan ayat variasi.

Sekadar boleh.

Admin mengaku masih belajar.

Belajar untuk menulis.

Panjang boleh.

Pendek boleh.

Jika ayat  panjang lebih baik.

Nampak profesional.

Jika ayat pendek pun baik juga.

Nampak seperti santai dan bersahaja.

Ingat.

Mesej sampai sudah memadai.

Namun bukan yang terbaik.

Mesej perlu juga dihurai.

Perlu diperjelas.

Lebih faham.

Lebih seronok baca.

Kan…

Topik Penulisan

Admin suka menulis pelbagai topik.

WAJIB BACA :   Menulis Sebelum Tidur

Macam rojak.

Macam-macam ada.

Lagipun blog peribadi.

Niche tiada pengkhususan.

Lihat artikel ini.

“Cabaran Kempiskan Perut Buncit Untuk Pikat Gadis Cun”

Tidak sangka juga.

Ia telah dikongsikan lebih 230 kali.

Bagi admin cukup banyak.

Pembaca yang kongsikan.

Terima kasih banyak.

Admin hargai.

Jadi dengan perubahan ini admin cuba menulis topik disukai pembaca.

Kesihatan.

Kemanusiaan.

Perkahwinan.

In shaa Allah dalam masa terdekat admin menulis komentar isu semasa.

Rasanya agak menarik.

Inilah cara terbaik untuk admin kekal bermotivasi menulis.

Dulu pernah alami Motivasi Jatuh Merudum Akibat Tiada Awek

Sekarang ok sikit.

sebab itu nak tulis benda lain pulak.

Sebagai tanda blogger yang masih ada :

Kepekaan.

Keprihatinan.

Tengok dulu.

Jadi ke tidak ?

Kalau jadi.

On.

Tak jadi.

Niat jelah.

Tiada perenggan

Pada mulanya pelik juga.

WAJIB BACA :   Rambut panjang gaya lelaki masa kini

Menulis tanpa perenggan.

Tulis artikel para demi para.

Jika karangan sekolah kena amaran.

Tidak ikut format.

Boleh dapat markah kosong.

Dalam blog tiada masalah.

Tiada masalah bukan bermakna sengnaja berbuat demikian.

Blog ini adalah portal peribadi.

Bukan isu besar selagi mana tidak menyentuh mana-mana kepentingan pihak tertentu.

Itu syarat dan terma.

Lain blogger lain pula caranya.

Penulisan juga perlu USP.

“Unic Selling Product”

 [ Maklumat lanjut VAF boleh WHATSAPP ]

Penutup

Cara penulisan blog yang berbeza cuma usaha.

Usaha untuk kembali rajin menulis.

Ada kalanya admin kurang rajin menulis.

Mood kekadang ke laut Sulawesi.

Selebihnya rajin jika tiada unsur unsur SEO.

Jika ada unsur-unsur SEO, mulalah otak cari alasan.

Tiada masa.

Sibuk.

Tiada idea.

Malas.

hahahaha.

Apapun admin nak ucap terima kasih.

Atas sokongan kawan-kawan blogger,pembaca lama dan baharu.

Sayang anda semua.

Jika betul betul sayang tolong LIKE posting Page di bawah:

Comments 12

Leave a Reply to etuza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge