Cinta Hati Ini Hanya Untuk Di.Tajuk agak gempak.Ya memang jiwang tajuk tu.Maaf bukan kisah peribadi.Ia sekadar coretan hati tatkala sunyi dan sepi dalam kolam hati.Tatkala dibiarkan keseorangan berjuang demi mencapai impian masa depan.
Ayuh bangkit dari lena kesedihan.Bangkit dari kedukaan semalam.Terus bangkit untuk memburu kejayaan.Ada kejayaan akan ada cinta yang bersemi.Cinta hati ini akan berputik dan kekal abadi hingga ke Jannah.Cinta hati ini akan lebih dirasai daripada diungkap dalam seribu kata madah bicara.
Usah terlalu banyak berbicara tentang perkara yang sudah berlalu.Yang lepas biarlah berlalu.Dongak hadapan dengan jiwa penuh harapan.Ternyata ada cahaya untuk masa depan yang bakal dilalui dengan bahagia serta disulami rasa cinta yang tulus suci.
Dalam diam dia sudah menemui sekeping hati yang ikhlas untuk dicintai.Namun untuk memiliki hati dan cinta itu perlu melalui jalan yang berliku tetapi dipenghujungnya ada kepastian iaitu akan bersatu dalam ikatan cinta yang sah.Ironinya wajib mensyukuri anugerah cinta itu.Dia tercipta dari tulang rusuk kiri sebagai simboliknya untuk bersama selamanya.
Cinta hati ini sudah dikenalpasti.Dia yang dicintai itu sudah dekat.Cinta hati ini diibaratkan kepada mitos cinta Uda dan Dara atau Romeo dan Juliet.Mereka ikon fantasi dalam mencipta dunia cinta yang tetap relevan pada masa kini dan selamanya.
Penutup
Wahai si dia dapat tak merasai getaran cinta hati ini sedang bercantum dari satu saat ke saat yang seterusnya.Terus berdetik dan berakar umbiĀ jauh dalam kolam hati yang tidak berdasar dan tidak bertepi.Menunggu saat itu bagaikan terlalu lama.Kesabaran telah teruji hari demi hari.Oh alangkah bahagianya penyatuan dua hati ini.
Jika ya hadiahkan senyuman paling manis dan titipkan doa agar cinta itu diberkati oleh Allah SWT.
Jika tidak biarkan berlalu dan anggap sahaja ia satu mainan mimpi untuk mengembirakan hati yang dalam kesunyian.
Apa kata kita layan dulu lagu cinta hati batu.Boleh jiwang-jiwang la lepas ini.
Dengarlah pada waktu petang atau waktu tengah syahdu.Pasti feel lebih terasa.
Jom layan.
Tidak akan ada cinta yang sia sia, tiada perjuangan yang tiada guna, satukan hati un
3 Penentu gairah asmara recently posted…9 Tanda bahwa Anda berkencan dengan orang yang tepat
wow..hebat tu..ayat power
,,, satukan dan bulatkan hati untuk menuju kejayaan.
word tu macam selalu dengar je..
Jiwang sik hal ya..hihi..
bagi orang bujang sik hal…tapi bagi orang kahwin agak rare juga la kecuali dengam isteri sendiri
Cinta hatiku hanya untukMU……
Introducer Akaun semasa maybank/climb-0127292850 recently posted…Kelebihan/keperluan akaun semasa syarikat kepada perniagaan anda.
bukan cintaku hanya untuk RM ke bro
Fuh.. sekarang ni layan tajuk-tajuk cinta.. disusuli dgn ayat-ayat menusuk kalbu.. semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca..
anuar recently posted…Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
itulah harapan saya tuan..memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan
Berbunga-bunga hati rasa bila baca ni. Apa yang telah berlalu usah dikenang jika ia menyakitkan hati. Kehidupan kita realiti hari ini lebih bermakna dan bernilai untuk diperjuangkan
Khairul Zamri recently posted…Gunung Angsi Hiking Challenge 2016
oh ya..bro termasuk jenis yang jiwang juga he..he..he..
Hahaha.. sekali sekali Mr Hanafi berjiwang pulak. Walau pun penulisan kali ini bermain dengan jiwa tetapi gaya bahasa yang amat menarik. Boleh berpuitis ni.
Che Rizal recently posted…10 Cara Mudah Menghalau Cicak Terus Dari Rumah
terima kasih ..saya suka bab jiwang nie..
Ikutan titip doa agar cinta diberkati Allah, hehehe.
in shaa Allah no problem tu
Semakin power ayat2 Bro Hanafi.
Semoga dapat bertemu dengan cinta sejati dan bahagia hingga ke jannah
kadang-kadang sahaja bila jiwang datang tu..
Bakat terpendam tu
alhamdulillah..
boleh sikit-sikit