Cuti Hari Kedua
Awal pagi mrhanafi sudah bangun.Jam 4.30 pagi sudah bersedia untuk mengemaskini blog.Draf entri dah ditulis hari semalam.Cuma bersedia untuk diterbitkan sahaja.Itulah rutin blogger.Mungkin juga ada blogger yang lebih bersistematik dari mrhanafi dalam pengurusan masa mereka.
Hari kedua cuti diisi dengan aktiviti biasa.Hari tak cuti pun sama juga.Tak lain dan tak bukan iaitu menyiapkan diri anak yang bongsu untuk ke tadika ABIM.Dia tak suka mandi sejuk.Jadi perlukan air panas supaya air mandian nanti jadi suam-suam suku.Setelah siap mandi dan berpakaian barulah mrhanafi sediakan bekalnya untuk ke tadika.Kerja mudah yang memang hari-hari buat.
Balik dari menghantar anak ke tadika,mrhanafi singgah di CCK Fresh Mart iaitu kedai menjual ayam segar dan mentah serta barangan basah yang lain.Sempat juga menjeling beberapa juruwang perempuan kat situ.Bukan apa-apapun.Sekadar nak tahu bagaimana ekpressi muka mereka melayan para pelanggan.Mereka memang cantik,muda dan jelita.Sayangnya sukar nak mengukir senyuman kepada para pelanggan termasuk mrhanafi yang hensem ini.Mentang-mentang mrhanafi dah berpunya.
Setelah anak bongsu dan anak kedua sudah berada di sekolah maka mrhanafi keseorangan di rumah.Isteri pula dah lama ke pejabat kerana dia kerja shift pagi hari ini.Tanpa membuang masa mrhanafi terus sediakan sarapan untuk minum pagi seorang diri.Mrhanafi malulah nak snap shoot sarapan pagi.Yang pasti memang heavy dan menyelerakan.
Kain baju belum lagi bersidai dan rumah belum lagi bersapu.Namun mrhanafi tundakan dulu untuk memberi laluan agar mrhanafi dapat menulis satu artikel blog bertajuk 5 Sebab Untuk Menjadi Jutawan.Alhamdulillah dapat juga disiapkan dalam masa 2 jam.Cukup lama juga menulis draft kerana asyik layan Whatsapp kawan-kawan dan Group Whatsapp Bisnes.Dalam pada itu sempat untuk menyidai kain baju memandangkan hari ini sungguh cerah.
Jam dah menunjukkan pukul 11.20 pagi.Masa untuk memasak makan tengahari pula.Hari ini mrhanafi masak sayur bersosejĀ dan ayam slim berkicap.Perghh memang sedap kalau dibandingkan dengan orang bujang yang baru nak belajar masak.Sekali lagi mrhanafi menjadikan memasak ini rutin harian.Tak semestinya masa hari cuti begini.
Aktiviti petangnya pula mrhanafi mengemas rumah,menyapu dan mengemop.Alhamdullilah si isteri tak banyak cakap untuk sama-sama dalam aktiviti tersebut.Mungkin dah kenyang selepas makan tengahari yang mrhanafi sediakan tadi.Rutin biasa si isteri sudah berada di rumah jam 1.30 tengahari.Anak-anak semua sudah pulang dari sekolah.Masa terbaik untuk santai bersama keluarga di rumah sahaja.
Apabila semuanya dah selesainya barulah mrhanafi buka laptop untuk mengemaskini satu lagi blog.Ambil masa juga dengan menjawab komen para penggunjung dan membalas kunjungan mereka.Sungguhpun begitu mrhanafi rasa seronok menghabiskan masa cuti dengan santai begini.Secara teori bercuti namun praktikalnya masih bekerja dengan aktiviti blog.
Habis sahaja urusan blog Hero Borneo maka mrhanafi teruskan penulisan untuk blog ini pula.Fulamak aktiviti blog tak putus-putus.Ada sesiapa yang ingat kerja sebagai blogger ini kerja yang mudah.Sebenarnya tidak terutama blogger yang mempunyai rangkaian blog yang berlambak-lambak.
Sudah dua hari cuti mrhanafi dihabiskan.Tak ada rasa sangat kerana hari pertama agak sibuk dan hari kedua ini agak santai.Agak-agaknya macam mana pula dengan cuti hari ketiga nanti.Sama-sama kita tunggu.
Terima kasih kerana sudi membaca.
wah bagus nya mrhanafi mengemas rumah..
suami soleh ni.
he he.
semoga harini mengisi masa lapang dengan berfaedah..
insyaAllah
he..he..itu memmang keja rutin la DT
bestnya dapat cuti lama![My Profile](https://mrhanafi.com/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Raihanah Ahmad recently posted…Fenomena Gerhana Matahari Tanda Kebesaran Allah
ya..memang best..nak cakap pun susah dah!
Pengurusan masa memang kena tip top la kalau blogger ni kan, kalau tidak mesti terkejar-kejar nak update entry..cuti macam ni banyak la idea nak tulis ye MH?![My Profile](https://mrhanafi.com/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Noriza Rahman recently posted…Kesan Negatif Komplikasi Diabetes Jangka Masa Panjang
ho..ho..ho..cuti macam nie banyak pulak idea timbul
Seronok kalau dapat bercuti panjang kan en.hanafi š
memang seronok..tapi tak terasa sangat la rasa cuti tu.
best kalau dapat cuti ni. nak pula bila ada banyak entry tak terbuat. leh la selesaikan . huhu
yalahkan..cuti untuk berbuat kerja blogging
Kalau boleh buh gambar sarapan sekali tuan hanafi.. Baru saya tgk menyelerakan , tengok gambar insya Allah boleh kenyang dalam hati.. ehhhe
saya nie jenis malu-malu nak kongsi gambar macam tu..adalah gambar dalam Whatsapp..
Rajin betul mrhanafi ni, mesti wife akan bertambah sayang
kadang-kadang ada isteri yang tidak kisah rajin atau tidak..