Data Internet Cepat Sangat Habis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Data Internet Cepat Sangat Habis.Perkara ini menyebab saya runsing seketika.Plan data tersebut saya langgan dengan harga RM48.Ianya berkapasiti 2GB.Kini dah nak habis meskipun tempoh sahnya 30 hari.Saya habiskan kouta dalam masa 10 hari sahaja.Hebat tak?

data internet

Ini bermakna saya perlu melanggan semula.Saya keluarkan duit lagi.Alamak.Jika tak buat maka tak online lah jawapnya.Kini saya ada perlu elanggan secara mingguan yang harganya RM15 untuk 1GB.Targetnya untuk dua minggu agar saya boleh online sehingga hujung bulan.Ia pun gara-gara tengah kering kontang sekarang ini.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana saya begitu rakus menghabiskan data internet yang berkapasiti 2GB dalam masa 10 hari.

WAJIB BACA :   Makanan yang perlu dielakkan ketika diet

Sejujurnya saya bukan kaki download.Saya bukan orang yang obses untuk download  apa juga software,gambar atau video.Saya guna internet untuk aktiviti kemaskini blog dan menjelajah blog ke satu blog yang lain.Sehingga saya terkesan kerana terasa penggunaan data internet saya sangat pantas habis.

Nak kata penyedia perkhidmatan itu terlaju makan data mungkin ada betulnya.

Dengan kawalan bajet yang sangat ketat saya terpaksa mengguna telefon untuk aktiviti blogging sebagai cara penjimatan tegar.Namun kaedah ini tidak begitu praktikal.Saya berhadapan situasi buka dan tutup.Saya buka simkad dari modem untuk dimasuk telefon pintar.Sekali sekala tak pe.Kalau setiap hari naik bosan juga dibuatnya.

Kini saya terus mencari kaedah paling ampuh untuk berjimat dan dalam masa yang sama mencari formula ajaib menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup ber’online.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapatkan modem modified unlimited terbaik ?

Dalam pada itu terfikir juga nak memperlahankan aktiviti online dan cari duit cara offline pula.Itu merupakan idea yang boleh dipertimbangkan walaupun bukan yang terbaik.

Saya bekerja makan gaji.Pendapatan bulanan amat terhad.Peluang untuk buat duit secara kerja lebih masa hampir tiada.Jadi peluang untuk menjana pendapatan cenderung secara online.Mahu atau tidak mahu saya mesti usaha online sebagaimana terhasilnya blog Buku Online.

{sekilas pandang}

Antara cabaran menjadi blogger ialah kemampuan untuk membiayai kos internet.Ada yang percuma WIFI seperti pergi ke restoran yang ada kemudahan tersebut.Namun adakah ia cara bijak.Rasanya tidak.

Tak akan nak masuk restoran tanpa order sebarang makanan atau minuman.Paling cikai pun order air secawan yang paling murah RM3.00

WAJIB BACA :   Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima

Lainlah kalau ada dikalangan pembaca yang hidup di kawasan yang ada akses internet percuma.Hari-hari online tanpa kos.

Cukup setakat ini dan saya nak fikir pulak cara nak cari duit lebih supaya lambat habis.

Comments 30

Leave a Reply to Nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge