Hijrah Diri : Doa Yang Sangat Baik

Sudah dua artikel telah saya terbitkan dalam siri hijrah diri.Saya berharap dua siri yang lepas mampu saya kemaskini dan saya hayati.Kalau pembaca nak amalkan atau jadikan panduan itu dah kira bagus juga.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk beramal dengan sedaya upaya yang ada.

Dalam artikel ini saya suka nak berkongsi dengan pembaca satu tabiat hijrah diri iaitu :

Doa Yang Sangat Baik.

doa yang sangat baik

Saya tidak bermaksud untuk membuat perbandingan dengan doa-doa yang tersusun kemas dalam kitab-kitab yang menjadi kajian dan panduan ahli agama.

Cuma saya tarik perhatian ialah doa yang kita sesuaikan mengikut keadaan dan keperluan.

Hidup perlukan perubahan.Suka atau tidak sekalipun, perubahan itu tetap akan berlaku.

WAJIB BACA :   3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara

Perubahan ada dua keadaan.

1.Semakin bagus

2.Semakin teruk.

Kita nak perubahan yang semakin bagus.Apa yang kita lakukan ada peningkatan.Tak kira secara perlahan atau secara drastik.Perubahan tetap juga berlaku.

Bagaimana nak dapat perubahan tersebut melainkan dimulai dengan doa.

Saya yakin semua doa untuk kebaikan itu memang sangat baik.Malah doa boleh dilakukan di mana sahaja dan setiap masa.Lebih-lebih lagi dalam soal mencari rezeki.

Nak tahu lebih boleh bongkar sahaja >> Rahsia Rezeki

Ada yang berpendapat doa tanpa usaha tak akan kemana.Begitu juga usaha tanpa doa tak boleh jalan juga.Pendapat tersebut tak salah dan tak juga 100% betul.

Untuk mengelakkan kekeliruan lebih elok buat dua-dua: usaha dan doa.

Jom saya kongsikan satu stori dari grup whatsapp.Rasa sayang pulak dibiarkan mereput dalam telefon.Saya kongsikan sahaja dalam blog.Moga penulis asalnya dapat beroleh pahala.

WAJIB BACA :   Ketahui pengalaman sebenar terperangkap dalam lif...dan tips selamatkan diri

Ikutilah storinya:

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir…

Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..

Allah tidak pernah menjanjikan:

Langit itu selalu biru…

bunga selalu mekar…

Matahari selalu bersinar…

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:

Hikmah di setiap cubaan… jawapan di setiap DOA..

Jangan pernah menyerah..

Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..

Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

WAJIB BACA :   Minum air suam elak gejala serangan penyakit jantung

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:

Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:

Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:

Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah: Doa.

Kesimpulan.

Saya berharap dengan sentiasa berdoa kita mendapat keajaiban dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

Dalam artikel yang akan datang dan moga-moga saya ada kesempatan,saya akan menulis berkaitan hijrah diri yang keempat iaitu Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik.

Jika tidak mahu ketinggalan jangan lupa untuk follow saya melalui:

Sekian.Jumpa lagi.

-mrhanafi-

[ 5 Muharam 1439H ]

Comments 20

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge