Gula vs madu…mana satu pilihan padu ?

Madu

Gula vs madu bukan perkara sukar untuk dibuat pilihan. Bagi mereka yang mahu sihat dan sudah semestinya mahu sihat maka madu adalah pilihan padu berbanding gula.

Tebu merupakan bahan asas untuk menghasilkan gula tebu atau nama khususnya sukrosa.

Tanaman tebu ini dikatakan digunakan sebagai bahan makanan ternakan terutama babi dengan tujuan menjadikannya lebih gemuk.

Dahulu dikatakan tebu menjadi kudapan bagi para pekerja sebelum menyambung pekerjaan di ladang.

Ramai pakar berpandangan tanaman tebu berevolusi di Asia Tenggara dan ia disyaki sudah menjadi tanaman domestik di Papua New Guinea sejak 8000 SM.

Begitulah kisah tebu sebelum menjadi gula.

Menurut sejarah gula halus yang dihasilkan secara kimia bermula di India pada 2,500 tahun lalu.

Bahan ini perlahan-lahan tersebar ke China dan Timur Tengah.

Pada abad ke-13, kegilaan kepada gula semakin menjadi-jadi sehingga ia menjadi komoditi mahal lantaran kesukaran mendapat bahan ini dalam Zaman Pertengahan.

Jelas gula dihasilkan untuk tujuan perniagaan dan menjana keuntungan.

Paling sedihnya, kewujudan madu dipandang sebelah mata kerana pengaruh gula itu terlalu hebat dan menonjol.

Pada hakikat, gula dan madu mempunyai rasa yang manis walaupun tiada persamaan yang ketara.

WAJIB BACA :   Hari pertama jalani diet peribadi

Gula vs madu

Gula vs nadu

Madu dan gula adalah manisan.

Jika sebelum ini kita ada membincangkan mengenai gula tambahan, sekarang mari kita lihat fakta sejauh mana baiknya madu daripada gula.

Apa itu madu

Madu mengandungi fruktosa, glukosa serta sedikit sukrosa, maltosa, vitamin, mineral dan sangat sedikit protein.

Indeks glisemik madu adalah rendah berbanding gula.

Oleh itu, madu tidak menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat.

Ini kerana ia mempunyai nutrien berbanding gula yang tidak mempunyai apa-apa nutrien.

Khasiat madu

Madu juga bersifat anti-virus, anti-bakteria, anti-fungi, antioksida yang kuat, meningkatkan imuniti, mengurangkan alahan, menyembuhkan luka, menyembuhkan ulser, menghilangkan kesakitan yang ringan, menyembuhkan asma atau lelah, menstabilkan tekanan darah dan menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Selain itu, madu juga boleh menghilangkan sakit tekak dan batuk jika dicampurkan dengan lemon.

Penghasilan madu oleh lebah adalah berbeza mengikut jenis nektar bunga atau debunga yang dikutip oleh kelompoknya.

Maka, khasiat, warna, rasa dan aroma madu adalah sedikit berbeza antara satu sama lain.

Amalan pengambilan madu

WAJIB BACA :   3 bahan terlarang untuk diet peribadi

Dengan ini, kita boleh gantikan sebarang bahan pemanis terutama gula dengan madu yang mempunyai banyak khasiatnya.

Pengambilan madu boleh diamalkan dengan kuantiti yang sedikit tetapi setiap hari jika hendak melihat sebarang perubahan.

Pastika kita ambil madu asli dan bukan madu proses yang ada dipasaran yang telah dicampurkan dengan gula.

Manakala madu (yang merupakan manisan semula jadi), kandungan di dalamnya hanya termusnah jika terdedah pada kepanasan melampau atau dipanaskan.

Bagi madu, di dalamnya terdapat kelebihan dari sudut sebagai antioksida dan ciri-ciri antimikrob.

Kedua-dua ciri tersebut tiada di dalam gula.

Banyak kelebihan mengambil madu berbanding gula.

Gula merupakan sukrosa yang terdiri dari dua molekul yang bercantum.

Apabila kita memakan gula, perut kita perlu menggunakan enzimnya sendiri untuk memisahkan dua molekul tersebut sebelum ianya tersedia untuk digunakan oleh tubuh.

Bagi madu pula, ianya berbeza.

Lebah pada awal lagi telah menambah enzim yang istimewa pada nektar yang disedutnya untuk memisahkan sukrosa kepada molekul asasnya glukosa dan fruktosa.

Sebaliknya kandungan gula ialah kosong dari mineral dan vitamin  menyebabkan gula menarik nutrien dari badan untuk dimetabolismakan (digunakan) di dalam sistem penghadaman.

WAJIB BACA :   3 cara menurunkan kolesterol tinggi

Apabila semua nutrien ini digunakan, proses metabolisme terhadap kolesterol dan asid lemak terhalang.

Ini akan menyumbang kepada kolesterol yang lebih tinggi dan menggalakkan obesiti, disebabkan oleh asid lemak yang lebih tinggi dalam organ-organ dan tisu-tisu.

Justeru itu, bukan sesuatu yang luar biasa apabila orang yang gemuk (obesiti) untuk mengalami malnutrisi (nutrisi tidak seimbang) dan banyak lagi masalah kesihatan.

Madu merupakan pilihan yang lebih baik berbanding gula.

Madu mempunyai rasa yang unik dan asli serta mempunyai banyak kelebihan berbanding pelbagai jenis makanan atau manisan yang lain.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.” An-Nahl ayat 68-69.

Kesimpulan

Jangan takut ambil madu kerana dalam madu itu kemanisan yang bermanfaat.

Sebaliknya berhati-hati ambil gula kerana kemanisan gula itu memudaratkan umpama api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.

Bak kata moyang kita dulu-dulu…lebihkan manis dalam senyuman dan kurangkan manis dalam minuman.

Comments 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge