Hadiahkan Cinta Buat Lelaki Itu

Biar betul lelaki itu jatuh terkasima kerana menerima hadiah berupa cinta. Ya, hadiah cinta buat lelaki itu.

Cinta itu luar biasa yang boleh menuntun jiwa.

Lidah lelaki itu kelu diam seribu bahasa. Dadanya berombak kencang menahan hadiah  cinta yang baru diterima.

Matanya redup hilang cahaya kerana lubuk hatinya masih kurang percaya.

Lelaki itu berpenampilan biasa. Tutur katanya tersusun indah tatkala berbicara.

Jarang sekali menyakiti hati orang yang mendengar. Hatinya lembut bak sutera tetapi pendiriannya keras bagaikan batu.

Tidak bolos. Tidak goyah walaupun diserang dengan ayat kejam yang menikam kalbu.

Cinta Buat Lelaki

Cinta Buat Lelaki

Dari kecil hidup lelaki itu hidup serba sederhana. Lahir dari keluarga bahagia.

Namun menjelang remaja hidupnya mula dilambung ombak kehidupan. Dihanyutkan arus kemiskinan yang tidak bertepi.

WAJIB BACA :   Gajet perampas masa paling licik

Ada ketika deras tetapi acapkali dihempas ke dasar tanpa simpati.

Namun lelaki itu tetap pasrah dan reda. Hatinya masih diselimuti kesyukuran biar apapun berlaku.

cinta buat lelaki

Lelaki itu tidak gentar walau seinci pun jarak untuk mengalah. Lelaki itu terus mendepani kehidupan tanpa sangsi dan was-was.

Hatinya keras membatu demi kehidupan lumrah.

Saat yang berdetik belum berhenti. Detik-detik masa terus berjalan. Lelaki itu bersedia untuk menerima pukulan dugaan yang ada.

Peluang untuk lari dari sengsara sudah terbuka. Pilihan ada dua. Nak berhenti atau nak teruskan.

Seperti diduga  lelaki itu memilih untuk terus menongkah arus biar apapun halangan dan cabaran yang mendatang.

Lelaki itu sebenanya dalam pencarian cinta. Hidupnya sunyi sepi

Ada teman tapi kurang mesra. Dekat dimata tapi jauh dihati.

WAJIB BACA :   Senarai prospek sudah siap dikemas kini

Sepi malam usah dikata. Sepi siang apatah lagi.

Lelaki itu merintih sayu. Hatinya sebak sekian lama. Dalam kepayahan lelaki itu cuba menahan air mata dari tertumpah sia-sia.

Sebab laki-laki mana boleh nangis. Skema pulak ayat tu.

Tanpa diduga lelaki itu akhirnya menerima getaran cinta. Hidupnya dulu muram durka tetapi kini kembali ceria.

Lelaki itu berusaha untuk menahan jiwa dari terjebak dengan alam fana cinta. Namun tidak terdaya. Cinta itu lebih kuat. Lebih dahsyat dan lebih pantas untuk menyusup masuk ke dalam hatinya.

Itulah hadiah cinta buat lelaki itu. Ironisnya hadiah cinta itu bertepatan tatkala hari lahir pada hari 11 Ogos 19xx.

Dibuka pada masanya dan akan disimpan buat selama-lamanya.

Siapa lelaki itu tidak penting. Siapa yang menghadiahkan cinta itu juga tidak penting. Sebab yang penting sekarang ini bukan si pemberi atau si penerima.

WAJIB BACA :   Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVD

Mereka berdua cuma signifikan kepada lambang cinta yang alamiah kepada berbilion manusia sejak Nabi Adam AS hinggalah bumi ini berkecai ketika tiupan mengerikan oleh sangkakala.

Sejujurnya apa yang penting sekali sekarang ini ialah sokongan para pembaca sekalian yang sudi membaca coretan blog ini.

Itulah hadiah yang sama nilainya dengan cinta buat lelaki itu.

Hadiah terhebat yakni perasaan saling mengingati untuk berkasih sayang dalam platform yang lebih luas demi nilai kemanusiaan yang sejati.

Akhir kata selamat hari lahir buat lelaki itu. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta hargailah hadiah cinta yang diterima seadanya.

Itulah cinta buat lelaki

  • Kemas kini 16/7/23

Comments 12

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge