Kata Kata Kejayaan Yang Dikutip Semasa ‘Sungke’

Kata kata kejayaan ini adalah ilmu yang amat bermakna buat admin dan mungkin juga buat pembaca semua.Baru-baru ini semasa majlis sungke dengan team sekerja, admin diberi percuma kata-kata kejayaan sebagai santapan minda.

Oh ya.

Perkataan “sungke” kalau di Sarawak merujuk kepada majlis berbuka puasa.

Ilmu yang dikongsikan ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja.Cuma bagi admin sangat istimewa kerana diperturunkan oleh mereka yang sudah berjaya dalam kehidupan mereka.

Mereka sangat low profile dengan kejayaan yang diraih.Atas kepercayaan tersebut admin tidak akan menyatakan siapa mereka dalam artikel ini.Hadami apa yang mereka sampaikan dan lupakan siapa yang menyampaikan.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapat minda sihat emosi stabil dengan mudah?

Ok.

Cukup untuk mukadimahnya.

Kata kata kejayaan

kata kata kejayaan

1.Minat

Minat sangat mempengaruhi kejayaan dalam bidang yang kita ceburi.Dengan minat yang amat mendalam kita akan melakukan sesuatu tanpa letih,jemu dan bosan.

Malah minat bagaikan suplimen yang termahal dan terbaik dalam memacu kejayaan diri.Tanpa minat kita akan melakukan sesuatu perkara dengan lesu dan tidak bermaya.

2.Komited

Nak sebut senanglah ungkapan komited ini namun untuk menjadikan tabiat bukan semudah untuk menyebutnya.Komited boleh mengatasi segala-galanya.

Dengan komited seseorang sanggup menyingkirkan kepentingan peribadi dan meletakkan keutamaan kepada kerja,impian dan usaha.Ganjaran sudah pasti kepada kejayaan.Contohnya jual tudung sahaja pun boleh dapat RM15 ribu sebulan

WAJIB BACA :   3 cara untuk tingkatkan imej kendiri

3.Ikhlas

Dalam beribadah konsep ikhlas akan menentukan amalan itu diterima atau tidak.Bagaimana pula dalam kehidupan secara umum? Ikhlas boleh digambarkan sebagai bekerja tanpa merungut.

Bekerja dengan menyingkiran emosi negatif seperti tidak berpuas hati.Bekerja dengan ikhlas boleh menyenangi hati ramai pihak.Orang suka dan orang gembira akan memberi refleksi positif kepada empunya diri.

Penutup

Gabungkan kata kata kejayaan ini sebagai panduan asas dalam pekerjaan,perniagaan dan sebagainya.Jika belum minat dengan apa yang dilakukan, cuba cari dan cuba selami.Jangan berhenti mengali potensi diri.

Jika belum komited dengan apa yang dilakukan, cuba berubah dan berganjak sedikit demi sedikit untuk menjadi sesorang yang komited.

Jika belum ikhlas dengan apa yang dilakukan, cuba abaikan perasaan dan fikiran yang ada udang disebalik batu.

WAJIB BACA :   Siapa Cardock sebelum jadi Youtuber

Admin percaya kata kata kejayaan ini bakal memberi ‘sentuhan emas’ kepada kita semua yang sememangnya mahu berjaya.

Anda berani.Jika berani cubalah hari ini…

p/s: Jom tonton Video 10 cara tackle awek yang cun melecun 

*Kemaskini 2/5/2020

26 thoughts on “Kata Kata Kejayaan Yang Dikutip Semasa ‘Sungke’”

  1. Kata kata kejayaan adalah kata kata hikmah yang boleh memberi motivasi di ketika perasaan ‘down’. Dan ianya percuma sahaja!

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge