Kisah sebalik tabir portal Celikai.my

Sebelum ini saya ada cerita  kejayaan beli domain celikai.my yang murah dengan harga RM5 sahaja untuk tempoh langganan setahun. Kalau belum baca boleh jengok di sini

Cerita tidak habis di situ.

Saya ambik keputusan untuk proses pemasangan domain di Blogger dengan DIY atau buat sendiri saja.

Cabaran timbul kerana saya jenis makhluk tercorot dalam bab teknikal.

Susah faham dan susah hadam walaupun menjadi blogger lebih daripada satu dekad. Nasib baik bukan satu abad.

Saya beli domain pada 15 September 2026 dan alhamdulillah berjaya diguna sepenuhnya pada 17 September 2026 kira-kira dua hari kemudian.

Bersyukur juga ada sahabat baik iaitu bekas blogger yang kini aktif jadi TikToker di MiH Creative Art yang banyak membantu dari segi cadangan, nasihat dan pandangan serta tunjuk ajar.

WAJIB BACA :   Asas Perkahwinan Dalam Islam Yang Ramai Nak Tahu Sebelum Nikah

Untuk dijadikan cerita.

Saya yang masih seperti rusa masuk kampung walaupun pernah DIY domain ketika zaman blogger berada di puncak dahulu.

Saya cuba bertanya dengan ChatGPT dan Claude untuk tutorial penuh.

Dua tool alah itu tidak mampu selesaikan halangan dan cabaran saya.

Kemudian saya memutuskan untuk bertanya dengan Gemini.

Alhamdulillah melalui Gemini saya jumpa punca masalah dan berjaya atasinya.

Nasib baik juga bot Gemini tidak kedekut seperti ChatGPT dan Claude yang free.

Dua tool tersebut akan cepat-cepat suruh kita langgan untuk servis yang lebih advance.

Domain Celikai.my berjaya dihosting di blogspot dengan bantuan AI sama seperti theme yang saya guna juga self custome guna AI.

WAJIB BACA :   Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke Jannah

Sesuailah dengan konsep celik AI untuk permudahkan perkara yang susah kepada mereka yang bukan dalam bidang tersebut.

Perkara menarik juga, ChatGPT ada sarankan kepada saya untuk tulis sendiri konten supaya ada konsep originality.

Sayangnya saya tidak pedulikan ChatGPT kerana sudah ada AI maka guna saja baik Claude, Gemini, Deep Seek dan sebagainya.

Ada tak tool AI yang Malaysia buat ?

Harap ada juga suatu hari nanti supaya kita bukan hanya jadi pengguna AI saja sebagai bertindak juga dalam penyumbang AI.

Cuma kapasiti sumbangan saya yang termampu ialah mendidik, menyebar dan memberi kefahaman kepada masyarakat awam bahawa AI perlu diawasi, dikawal dan diperguna hanya untuk kebaikan.

WAJIB BACA :   Cenderahati Blogger Anies Sudah Mendarat Di Sarawak

Jomlah jadi komuniti atau pembaca di Celikai.my dan layan juga pesanan dalam video TikTok di bawah:

p/s: Konten ini saya tulis secara manual tanpa bergantung dengan AI sebab ‘User Experience” hanya manusia sahaja yang ada memilikinya.

 

@code007aiSiri 190926 Bermain dalam hutan cari kedamaian♬ original sound – CODE007

Leave a comment

CommentLuv badge