Rebut tawaran hebat dalam empat masa ini

Bersempena Hari Malaysia saya ada mengikuti satu kuliah Subuh yang disampaikan oleh ulama dari Yaman. Kuliahnya disampaikan bersama seorang penterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Tanpa membuang masa saya terus kepada topik berkenaan.

1.Rebut 20 minit sebelum Subuh

Masa sesuai untuk beristighfar dan bermunajat kepada Allah SWT tentang permasalahan dunia atau sebagainya. Sesiapa yang melazimi amalan demikian bakal beroleh keberkatan hidup dan panjang umur.

Persoalannya, mampu atau cukupkah kekuatan kita untuk berbuat demikian. Ulama tersebut berpesan agar kita bermuhajadah dalam menyibukkan diri mengingati Allah pada waktu 20 minit sebelum waktu Subuh.

2.Masa lepas Subuh hingga waktu Syuruk

WAJIB BACA :   Perjalanan menuju kehidupan abadi 

Inilah waktu sukar juga kerana lepas Subuh kita akan segera cabut dari masjid jika berjemaah. Jika solat seorang di rumah sudah tentu kita akan cepat-cepat menghabiskan solat tersebut.

Berdasarkan ulama tersebut dan juga banyak diceritakan para asatizah bahawa sesuatu yang sanggup beriktikaf di masjid sehingga masuk waktu Syuruk. Kemudian melaksanakan solat sunat Israq kira-kira 15 minit atau 20 lepas waktu Syuruk maka layak dapat pahala sempurna haji dan umrah.

3.Rebut masa 20 minit sebelum Maghrib

Saya pun tidak ingat lagi apa kata ulama pada masa kuliah Subuh. Maafkan saja saya.

Yang penting inilah waktu sesuai untuk buat persiapan ke masjid bagi golongan lelaki.

WAJIB BACA :   Tidak sempat bersalam dengan UAS

4.Masa Maghrib sehingga Isyak

Sejujurnya inilah waktu terbaik untuk menyibuk diri mengingati Allah sementara menunggu solat Isyak. Boleh saja duduk beristikaf  di masjid atau sibukkan diri dengan kuliah Maghrib, baca al-Quran dan berzikir.

Tak lama pun. Malah tidak sampai sejam.

Menurut ulama dari Yaman, sesiapa yang melazimi untuk menyibuk diri mengingati antara waktu Maghrib hingga Isyak diberkati umurnya. Insha Allah.

Bersyukur juga ada peluang untuk bersalaman dan cium tangan ulama.

Sekarang berbalik kepada janji saya tempoh hari dalam artikel jaga kesihatan yang menyatakan saya akan hasilkan aplikasi web untuk kira kalori.

Kalian boleh cuba di https://kirasendirikalori.lovable.app/

Belum sempurna dan saya akan edit dari masa ke semasa. Jangan risau kerana data yang diisi tidak disimpan kepada peranti lain atau ke sistem data pembangun applikasi.

WAJIB BACA :   Bersolat awal waktu hati jadi lapang

Sebelum mengakhiri coretan ini saya belanja video TikTok.

 

@code007aiSiri 170926 Buat magik tak berapa jadi♬ original sound – CODE007

Leave a comment

CommentLuv badge